Langkau ke kandungan utama

Alasan lagi....


*Entri ni khas ditujukan untuk diri sendiri*

Matlamat : dah set
Plan: dah buat
Motivasi: banyakkkk..always hot
So apa lagi yang tertinggal?
TAKE ACTION la...

Selagi kita tidak mengambil langkah pertama untuk merealisasikan segala plan sampai bila pun kita takkan capai matlamat. Pernah tak dengar ayat ni:

ms x: Pening kepala lah..
CB: makanla panadol
ms x: bukan taknak makan, sy tak suka, besar sangat tak boleh telan.
CB: so tidolah. take rest
ms x: ala..banyak keje nak buat.. cane ni?
CB: (banyak nye alasan)

*rasa2 sakit kepala dia tu hilang x?

Itu lah masalah biasa. Sering memberi alasan. Tanpa sedar bila kita mencipta alasan sebenarnya kita dah bagi keputusan kepada diri kita. Keputusan untuk tak buat @ elak nak buat. Jadi sampai bila pun matlamat kita (tak kiralah besar atau tak ) tak akan tercapai. 

Ulasan

  1. Wah. Sudah berubah wajahlah. Yela pasni tak banyak alasan, straight to the goal je. ok

    BalasPadam
  2. Yep! choices in our hand..

    http://wardahalisya.blogspot.com/2011/02/25-random-facts-about-me-myself-and-i.html

    tag 4 u..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cinta Dalam Hati

Saat cinta itu hadir, Kau tidak sedari, Bila kau rasai, Kau tak ingin ia pergi, Bila ia mulai hilang seri, Kau tak mengerti, Bila ia mahu pergi, Baru kau hargai... Lumrah duniawi... Letakkan nilai pada cintamu, Cinta hadir tidak sendiri, Mesti sulami dengan keihkhlasan hati, Setia mengikat janji, Kejujuran melingkari kasih yang terpatri, Bukan mudah menjaga cinta, Tidak semudah waktu ia hadir, dan pergi...

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Emosi

Saya beremosi. Disebalik kentalnya saya di mata orang..saya sebenarnya lemah. Saya manusia biasa yang ada emosi. Saya adakalanya penat berlagak kuat. Namun saya perlu kelihatan kuat mengharungi semua ujianNya. Saya tidak punya ramai sahabat. Kebelakangan ini, ada insan -insan yang saya anggap sahabat mengkhianati saya. Perlukah saya masih tenang menghadapi pengkhianatan dan fitnah dari sahabat sendiri. Sesungguhnya saya hanya manusia. Saya sambut juga ujian ini dengan air mata. Saya kalah juga dengan emosi .Adakala orang yang tersayang terlalai mengingati kita kerana tanggungjawabnya diwaktu saya perlukan dia.. juga saya kalah dengan emosi.. Rapuhnya saya. Saya hanya mampu berdoa agar Allah melembutkan hati saya untuk memaafkan seikhlasnya dan melapangkan jiwa saya. Tapi hari ini saya ingin meladeni emosi saya sebagai seorang wanita. Untuk hari ini...