Langkau ke kandungan utama

Akibat bercakap telefon sambil memandu

Saya memang selalu buat perkara ni. Angkat phone and kadang-kadang semapat berSMS lagi masa memandu. Tapi kejadian 20 Jan 2011 lalu agak menginsafkan saya. Kejadian ni berlaku semasa kami sekeluarga dalam perjalanan ke Melaka untuk bercuti (sebab tu lama tak update blog...hehe) di tengah higway Karak dekat Gombak. Masa tu mr hubby tengah memandu dengan kelajuan yang tak berapa laju.Tiba-tiba saya nampak sebuah kereta BMW di depan kami (agak jauh juga) berpusing di tengah highway dan terus melanggar guard rail kanan. Bersepailah jugak bumper depan dan belakang kereta tu. Then sebuah lagi kereta (Toyota - kalau tak silap Camry) yang tak sempat brake menghentam BMW tu. Nasib baik mr hubby sempat brake, hampi-hampir juga kereta kami nak mencium belakang Camry tu. Saya pula memang hampir habis suara menjerit. Alhamdulillah kami sekeluarga selamat.

Hari itu, sejarah juga bagi saya kerana menelefon 999 untuk kali pertama. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. Tapi kereta BMW dan Camry tu agak teruk juga. Rupanya menurut saksi yang boleh dpercayai, pemandu BMW tu sedang bercakap telefon sebelum keretanya yang berada di lane paling kiri terbabas melanggar guard rail kiri jalan dan berpusing ke tengah jalan dan menghentam guard rail kanan pulak. Huhu... Saya insaf...tak nak dah jawab phone masa drive... Dalam kekabutan perasaan masa tu lupa pulak nak snap photo tempat kejadian :P

Ulasan

  1. Sejam sebelum zara telefon semalam, kejadian jawab handphone sambil memandu berlaku pada dik, sejurus pas keluar JPJ, polis tahan sebab jawab hp masa drive.huhuhu. mujur dia tak saman

    BalasPadam
  2. hehe..pas ni make sure pakai handsfree ek.. bkn pasal takut polis, tapi tuk keselamatan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cinta Dalam Hati

Saat cinta itu hadir, Kau tidak sedari, Bila kau rasai, Kau tak ingin ia pergi, Bila ia mulai hilang seri, Kau tak mengerti, Bila ia mahu pergi, Baru kau hargai... Lumrah duniawi... Letakkan nilai pada cintamu, Cinta hadir tidak sendiri, Mesti sulami dengan keihkhlasan hati, Setia mengikat janji, Kejujuran melingkari kasih yang terpatri, Bukan mudah menjaga cinta, Tidak semudah waktu ia hadir, dan pergi...

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Emosi

Saya beremosi. Disebalik kentalnya saya di mata orang..saya sebenarnya lemah. Saya manusia biasa yang ada emosi. Saya adakalanya penat berlagak kuat. Namun saya perlu kelihatan kuat mengharungi semua ujianNya. Saya tidak punya ramai sahabat. Kebelakangan ini, ada insan -insan yang saya anggap sahabat mengkhianati saya. Perlukah saya masih tenang menghadapi pengkhianatan dan fitnah dari sahabat sendiri. Sesungguhnya saya hanya manusia. Saya sambut juga ujian ini dengan air mata. Saya kalah juga dengan emosi .Adakala orang yang tersayang terlalai mengingati kita kerana tanggungjawabnya diwaktu saya perlukan dia.. juga saya kalah dengan emosi.. Rapuhnya saya. Saya hanya mampu berdoa agar Allah melembutkan hati saya untuk memaafkan seikhlasnya dan melapangkan jiwa saya. Tapi hari ini saya ingin meladeni emosi saya sebagai seorang wanita. Untuk hari ini...