Langkau ke kandungan utama

Lagi profil manusia berjaya

Sambung cerita tentang manusia yang telah berjaya membina kekayaan berbilion dollar walaupun mereka bermula dari kosong. Semoga menjadi inspirasi!

Sam Walton

Mesti kenal jenama WALMART kan? Gedung diskaun terbesar di US dan 14 buah negara lain. Sam Walton bermula dengan sebuah kedai serbaneka dengan bermodalkan $25000 yang sebahagian besarnya dipinjam daripada bapa mertuanya pada tahun 1945. Ternyata pelaburan itu tidak sia-sia apabila perniagaan yang berteraskan barangan  berkos rendah berkembang dengan pesat dan diterima ramai. Walmart berjaya menjadi jenama paling popular di US dan Walton pernah menyandang gelaran manusia terkaya di US semasa hayatnya.
tagline: Save Money, Live Better

Kevin Plank

*handsome la mamat ni

Beliau adalah CEO Under Armour ; jenama pakaian sukan; pernah melalui saat getir dalam perjalanan bisnesnya sebelum berjaya. Bermodalkan $20,000 wang sendiri dan $40000 nilai kad kredit, Plank melancarkan syarikatnya. Pernah mengalami kesukaran sehingga terpaksa menumpang makan di rumah ibunya untuk meneruskan hidup, namun Plank tetap tidak menoleh ke belakang dan berjaya membawa jenama Under Armour menembusi pasaran pakaian sukan dan bersaing dengan jenama sedia ada. Kini Plank bernilai $500 juta dolar.

Bill Hewlett & Dave Packard



Hewlett Packard; semua orang kenal dengan jenama ini. Dicipta oleh 2 sahabat iaitu Bill Hewlett dan Dave Packard. Kedua-dua cofounder ini memulakan perniagaan  dengan aset bernilai $538 dollar di dalam garaj rumah mereka. Mereka tidak menyedari bahawa mereka bakal mencipta empayar besar dalam pasaran komputer peribadi dunia. Mereka yang pada mulanya membina audio oscilator (gambar) sebagai bisnes pertama mereka dan kini HP menjadi sebuah syarikat multi billion yang menguasai pasaran dunia. HP mempunyai pegangan pasaran sebanyak $88 juta dengan pendapatan $126 billion setahun. Remarkable!

  Bottom line:
The success stories of these entrepreneurs serves as an inspiration to anyone who dares to endeavor into fortune-building, with a small amount of startup capital

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cinta Dalam Hati

Saat cinta itu hadir, Kau tidak sedari, Bila kau rasai, Kau tak ingin ia pergi, Bila ia mulai hilang seri, Kau tak mengerti, Bila ia mahu pergi, Baru kau hargai... Lumrah duniawi... Letakkan nilai pada cintamu, Cinta hadir tidak sendiri, Mesti sulami dengan keihkhlasan hati, Setia mengikat janji, Kejujuran melingkari kasih yang terpatri, Bukan mudah menjaga cinta, Tidak semudah waktu ia hadir, dan pergi...

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Emosi

Saya beremosi. Disebalik kentalnya saya di mata orang..saya sebenarnya lemah. Saya manusia biasa yang ada emosi. Saya adakalanya penat berlagak kuat. Namun saya perlu kelihatan kuat mengharungi semua ujianNya. Saya tidak punya ramai sahabat. Kebelakangan ini, ada insan -insan yang saya anggap sahabat mengkhianati saya. Perlukah saya masih tenang menghadapi pengkhianatan dan fitnah dari sahabat sendiri. Sesungguhnya saya hanya manusia. Saya sambut juga ujian ini dengan air mata. Saya kalah juga dengan emosi .Adakala orang yang tersayang terlalai mengingati kita kerana tanggungjawabnya diwaktu saya perlukan dia.. juga saya kalah dengan emosi.. Rapuhnya saya. Saya hanya mampu berdoa agar Allah melembutkan hati saya untuk memaafkan seikhlasnya dan melapangkan jiwa saya. Tapi hari ini saya ingin meladeni emosi saya sebagai seorang wanita. Untuk hari ini...