Langkau ke kandungan utama

Kisah raja sehari

Ayat di bawah saya ambil dari status facebook seorang sahabat (er.. sepupu saya sebenarnya). 
Ramai org akan membuat persiapan yang paling terbaik untuk menjadi raja sehari, katanya kahwin hanya sekali seumur hidup...tapi tidak ramai yang bersedia bersungguh-sungguh dan membuat persiapan terbaik sebagai bekalan bertemu NYA...sedangkan hidup kita pun hanya sekali..mengapa setiap hari kita tidak lakukan setiap sesuatu dengan terbaik???
Betulkan? Sekarang ramai yang sanggup berhabis duit untuk kawin. Sampai sanggup buat personal loan kat bank untuk hantaran, tema itu, tema ini. Tapi kita sedar tak sebenarnya hidup kita ni hanya sekali. Kenapa kita tak lipat gandakan usaha kita untuk menjadikan hidup kita pun yang terbaik. Dan kita dapat ganjaran besar di sana nanti. Perkahwinan tu sendiri sebenarnya satu ibadah dan Sunnah. Jadi jangan lah sampai kita berdosa pula kerana mengikut nafsu. Kan rugi, perkara yang sepatutnya kita boleh dapat pahala yang besar jadi berdosa pulak kerana terlalu nak mengikut trend, nak nampak grand dsb.

Wallahualam

Ulasan

  1. lagi 1, semua orang membuat persiapan terbaik untuk hari perkahwinan, tapi tak ramai yang membuat persediaan benar2 rapi untuk hari2 selepas prkahwinan. eh yeke aku ni. hehe

    BalasPadam
  2. Yg penting purpose tu kene betul, kerana Allah, barulah dtg keberkatan...

    BalasPadam
  3. sangat setuju cik bunga katakan itu. hihi

    BalasPadam
  4. betul juga apa yg di katakan tu..
    setuju..
    =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cinta Dalam Hati

Saat cinta itu hadir, Kau tidak sedari, Bila kau rasai, Kau tak ingin ia pergi, Bila ia mulai hilang seri, Kau tak mengerti, Bila ia mahu pergi, Baru kau hargai... Lumrah duniawi... Letakkan nilai pada cintamu, Cinta hadir tidak sendiri, Mesti sulami dengan keihkhlasan hati, Setia mengikat janji, Kejujuran melingkari kasih yang terpatri, Bukan mudah menjaga cinta, Tidak semudah waktu ia hadir, dan pergi...

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Emosi

Saya beremosi. Disebalik kentalnya saya di mata orang..saya sebenarnya lemah. Saya manusia biasa yang ada emosi. Saya adakalanya penat berlagak kuat. Namun saya perlu kelihatan kuat mengharungi semua ujianNya. Saya tidak punya ramai sahabat. Kebelakangan ini, ada insan -insan yang saya anggap sahabat mengkhianati saya. Perlukah saya masih tenang menghadapi pengkhianatan dan fitnah dari sahabat sendiri. Sesungguhnya saya hanya manusia. Saya sambut juga ujian ini dengan air mata. Saya kalah juga dengan emosi .Adakala orang yang tersayang terlalai mengingati kita kerana tanggungjawabnya diwaktu saya perlukan dia.. juga saya kalah dengan emosi.. Rapuhnya saya. Saya hanya mampu berdoa agar Allah melembutkan hati saya untuk memaafkan seikhlasnya dan melapangkan jiwa saya. Tapi hari ini saya ingin meladeni emosi saya sebagai seorang wanita. Untuk hari ini...