Langkau ke kandungan utama

Catatan

macam-macam kisah..

Pening..Pusing..Malas.. Itulah perasaannya sekarang.Ppenyakit betul, sampai nak on internet pun malas... Sehari dua ni macam-macam kisah yang berkisar tentang kisah yang sama berputar dalam hidup saya. Macam tema pulak, dengar kisah yang sama, tengok tv kisah yang sama, baca paper kisah yang sama, buka internet pun banyak kisah yang itu juga. haish....sigh... Tadi singgah blog GA, terbaca pula entry tentang CURANG .( free2kanlah diri nak klik ye). Thanks GA for the great info.Isu curang ni jangan kita ambil mudah, kerana perkara yang kecil dan remeh mungkin boleh membawa kemudaratan yang besar. Mungkin boleh menyebabkan perceraian. Bagi saya, tak kiralah lelaki ke perempuan, semuanya mempunyai peluang yang sama. Atas diri masing-masing yang tentukan bagaimana. Kepada mereka yang mengahadapi masalah yang agak2 lebih kurang camni, saya nak kongsikan sikit tentang artikel dalam pancaindera semalam (DCCK). Pandangan si penulis memang saya setuju. Katanya, sebagai isteri, bila dapat tah...

Isteriku Zulaikha...

Selamat kembali ke dunia blog kepada diri sendiri..... Setelah lama bercuti drpd membuka blog, saya dengan rendah hati nak minta maaf pada Diyana  yang telah men'tag' saya untuk contest, tapi saya sangat tak berkesempatan. huhu... (busy sgt ke makcik ni???) Orait, tinggalkan yang itu. Baru-baru ni semasa bercuti sakit (tak ingat tarikhnya) saya ter tukar channel ke TV9 dan ter tonton satu drama "Isteriku Zulaikha" .. tulah tajuknya. Dan saya telah jatuh hati dengan kisah nya. Sangat santai, dan yang menariknya dalam cerita tu tak de watak antagonis. Semuanya baik-baik. Dan semuanya berkisar tentang CINTA. Sang suaminya dengan dilema antara isteri yang tidak dicintai dan kekasih yang tidak direstui..iskk...touching..

Jom kira nilai persaraan anda!

Dalam entry sebelum ini saya ada menyentuh tentang persaraan. So dalam entry kali ini, saya ingin mengajak anda untuk kira sendiri berapa nilai yang anda perlukan untuk bersara nanti.. Kata orang, kalau kita gagal merancang, sebenarnya kita merancang untuk gagal. Klik sini untuk mula mengira. (mesti jujur dengan diri anda) Selamat mengira!

Adakah anda sudah dilindungi?

Hidup kita bagaikan satu putaran. Perjalanan hidup kita bermula dari saat kita dilahirkan, belajar berjalan, berlari, sekolah, masuk U, bekerja, berkeluarga, mengumpul harta dan akhirnya bersara. Masing-masing punya matlamat sendiri.   Carta di atas saya gambarkan sebagai life stage yang hampir setiap daripada anda akan lalui. Anda mula bekerja (katalah pada usia 25 tahun) setelah usai pengajian di Uni. Untuk selama 30 tahun anda bekerja anda menikmati peningkatan gaji hinggalah pada satu tahap maksimum yang anda boleh capai sehingga umur persaraan anda. Disamping itu, anda mula membuat komitmen kewangan; membeli kereta, rumah, memulakan keluarga dan membuat persediaan pendidikan anak.Komitmen anda sentiasa berkembang mengikut tahap. Anda bijak merancang dengan mengenepikan sedikit pendapatan untuk membuat simpanan persaraan (sebab dah baca artikel tentang persaraan tadi. :)) dan melaburkannya. Jadi kotak biru di atas adalah kekayaan terkumpul. (accumulated wealth). Setelah anda b...

Merancang untuk bersara

Sedar atau tidak, bila kita patut merancang untuk bersara ? (maksud saya merancang jumlah yang diperlukan untuk persaraan kita) Sebagai rakyat Malaysia, kita beruntung kerana bila saja kita mula bekerja, kita telah 'dipaksa' untuk menyimpan untuk persaraan kita dengan adanya caruman KWSP. Jadi kerana itu ramai yang ambil mudah tak mahu memikirkan , dan tanpa sedar kita memperjudikan persaraan kita. Pernahkah kita terfikir berapa nilai persaraan kita nanti? Berapa jumlah yang perlu ada ? Berapa kita kena simpan dari sekarang ? Macammana nak optimumkan pulangan simpanan persaraan? Bila umur terbaik untuk memulakan simpanan? Aiiii...berapa banyak soalan daaaa Kajian menunjukkan (Personal Money , Nov 2010), masyarakat Malaysia memulakan perancangan persaraan pada usia yang lewat ; 39 tahun ke atas. Menurut kajian, apabila mereka mula berkeluarga (mempunyai anak) dan bila melewati usia tertentu barulah mereka mula merancang kewangan mereka. Berikutan perancanagn yang lewat dan...

Syahdunya hari ku..

Awal pagi...hujan mencurah-curah turun. Suasana sejuk, kelam dan mendung. Saya juga bangun dengan hati yang kurang ceria. Bagaikan turut ikut suasana yang suram. Aduh.. sangat tidak proaktif. Sangat kurang semangat. Sangat syahdu...Kenapa hati ni mula bersyahdu syahdan... Memang mudah untuk saya katakan pada diri, be strong, face it.. tapi saya hanya seorang manusia. Hati saya juga mudah tersentuh. Walau ada seorang teman pernah memberitahu saya, dia kagum dengan semangat dan sifat positif saya. Tapi saya juga sering menyoal diri, positifkah aku? Mungkin..most of the time. Namun, adakala pegangan goyah jua jika sering diterjah ujian. (Ujiankah?) Adakala saya terkulai jua jika sering diasak dugaan. Adakala serasa ingin lari jauh. Tapi akan selesaikah semua masalah, akan terungkaikah semua untaian yang membelit diri? Kerana saya sedar tak seorangpun dari kita bebas dari masalah. Cuma yang membezakan kita adalah bagaimana kita menghadapinya. Bagaimana kita melihatnya. Lantas..bagaimana sa...

Siapa di sekeliling anda?

I received this email past few months ago, and its really meaningful: I'm sending this to you to see how many actually read their e-mail. Your response will be interesting. Pay attention to what you read. After you have finished reading it, you will know the reason it was sent to you. Here goes: People come into your life for a reason, a season or a lifetime. When you know which one it is, you will know what to do for that person.. When someone is in your life for a REASON, it is usually to meet a need you have expressed. They have come to assist you through a difficulty, to provide you with guidance and support, to aid you physically, emotionally or spiritually. They may seem like a godsend and they are. They are there for the reason you need them to be. Then, without any wrongdoing on your part or at an inconvenient time, this person will say or do something to bring the relationship to an end. Sometimes they die. Sometimes they walk away. Sometimes they act up and force you to t...