Langkau ke kandungan utama

Adakah anda sudah dilindungi?

Hidup kita bagaikan satu putaran. Perjalanan hidup kita bermula dari saat kita dilahirkan, belajar berjalan, berlari, sekolah, masuk U, bekerja, berkeluarga, mengumpul harta dan akhirnya bersara. Masing-masing punya matlamat sendiri.

 

Carta di atas saya gambarkan sebagai life stage yang hampir setiap daripada anda akan lalui. Anda mula bekerja (katalah pada usia 25 tahun) setelah usai pengajian di Uni. Untuk selama 30 tahun anda bekerja anda menikmati peningkatan gaji hinggalah pada satu tahap maksimum yang anda boleh capai sehingga umur persaraan anda. Disamping itu, anda mula membuat komitmen kewangan; membeli kereta, rumah, memulakan keluarga dan membuat persediaan pendidikan anak.Komitmen anda sentiasa berkembang mengikut tahap. Anda bijak merancang dengan mengenepikan sedikit pendapatan untuk membuat simpanan persaraan (sebab dah baca artikel tentang persaraan tadi. :)) dan melaburkannya. Jadi kotak biru di atas adalah kekayaan terkumpul. (accumulated wealth). Setelah anda bersara, anda telahpun mempunyai satu dana persaraan yang mencukupi untuk menampung keperluan hidup anda untuk baki 25 tahun lagi hidup anda ( lihat kotak merah). Apa yang saya ceritakan ini mungkin adalah rencana kita : Habis belajar > kerja > kumpul duit/harta > berkeluarga >; bersara dengan tenang.

TAPI...jika ini berlaku di tengah-tengah perjalanan anda, adakah anda bersedia?


Ya, mungkin anda seorang yang aktif, menjaga kesihatan dan mengambil suplemen kesihatan. Tapi kemalangan adalah tidak dapat dijangka dan penyakit yang namanya pelik-pelik pun bila-bila masa boleh singgah menyapa anda. Dan yang tak dapat disangkal mati itu pasti.

Persoalannya sekarang adakah anda bersedia mengahadapi perkara-perkara yang tidak dijangka itu? Bayangkan jika ia berlaku disaat anda di puncak komitmen. Anda seorang yang bekerja, anak sedang bersekolah, anda pula ditimpa kemalangan dan hilang punca pendapatan. Simpanan anda akan menyusut, malah mungkin tiada lagi simpanan persaraan. (KWSP sekarang membenarkan pengeluaran simpanan untuk menanggung kos perubatan penyakit kritikal). So..you jeorpadised ur financial goal!

Di situlah pentingnya perlindungan. Anda perlu melindungi pendapatan dan simpanan anda. Di Prudential, kami amat memahami keperluan ini dan saya boleh membantu anda merancang kewangan anda supaya anda sentiasa dilindungi. Jadi hubungi saya jika anda ada apa-apa kemuyskilan yang terlintas di benak anda ....  szarra130@gmail.com

Ulasan

  1. betol2 hehehe.. terima kasih atas infomasi terbaik :)

    BalasPadam
  2. Awak agen insuran ya....by the way, tq drop komen..blog awak dah masuk dlm bloglist GreenAppleKu sebab awak ada letak blog saya dlm bloglist awak kan. Keep in touch dear..

    BalasPadam
  3. Khairul hisyam: tq sudi baca. harap info ni berguna utk awak :)

    GA: Yes, saya perancang kewangan..tq letak sy dlm bloglist GA..

    BalasPadam
  4. penulisan dalam blog ini sudah bagus, cuma kena rajin balas komen supaya pengomen rasa dihargai=). Ya saya mahu dilindungi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Masalah vs cabaran

Semua orang ada masalah. Kalau yang takde masalah tu confirm bukan orang. Orang gila pun ada masalah walaupun nampak macam takde masalah. Tapi setiap orang ada cara masing-masing nak hadapi dan selesaikan masalah mereka. Ada yang terima dengan tenang dan redha, ada juga yang emo, malah ade juga yang lari dari masalah, cipta pulak masalah baru. Saya sendiri pun ada macam-macam masalah. Saya ni sensitif orangnya, jadi dulu kalau saya menghadapi masalah, air mata lah yang kuar dulu plus rasa rendah diri lah, rasa tak gunalah dan lain-lain lah. But then , one day there was a friend came to me and asked; apa yang u hadapi sekarang, masalah atau cabaran? Terkesima, terfikir. The friend said, why not u make the problem became a challenge, because people normally will run from problem, but they will face the challenge. Lama juga saya terfikir. Benar juga, perkataan masalah tu sendiri sedikit negatif. Bila sebut masalah, kita akan berkerut dahi memikirkannya. Tapi belum tentu kita nak sele...

Apa patut Nuha buat?

Terperangkap dalam hubungan toksik seperti Nuha, bukan sebuah impian perkahwinan bagi seorang wanita. Ke kiri salah, ke kanan juga salah. Setiap kali mahu bangkit, bukan untuk melawan, cuma untuk pertahankan diri, juga salah. Serba tak kena. Umpama kalau tersalah ambik jalan pun salah Nuha, walaupun stereng di tangan Tajul.  Saya pasti ramai yang senasib Nuha. Ada yang telah lelah berjuang sehingga memakan diri. Ada yang berjaya keluar macam Nuha setelah lunyai fizikal dan harga diri. Ada yang berakhir dengan kematian - tewas di tangan suami sendiri.  Bagi yang berjaya keluar, itu bukan pengakhiran cerita. Tapi sebaliknya adalah chapter baru hidup kita baru bermula. Kita baru sahaja keluar dari sebuah hubungan yang terlalu menyakitkan yang sebenarnya telah mengubah diri kita. Kita bukan lagi kita yang dulu. Kita keluar dengan luka yang masih berdarah, parut yang masih merah. Apatah lagi jika kita bawa anak-anak yang tak kurang juga luka emosi dan mentalnya. Koyak, rabak dikerj...