Langkau ke kandungan utama

macam-macam kisah..

Pening..Pusing..Malas..
Itulah perasaannya sekarang.Ppenyakit betul, sampai nak on internet pun malas...

Sehari dua ni macam-macam kisah yang berkisar tentang kisah yang sama berputar dalam hidup saya. Macam tema pulak, dengar kisah yang sama, tengok tv kisah yang sama, baca paper kisah yang sama, buka internet pun banyak kisah yang itu juga. haish....sigh...

Tadi singgah blog GA, terbaca pula entry tentang CURANG.( free2kanlah diri nak klik ye). Thanks GA for the great info.Isu curang ni jangan kita ambil mudah, kerana perkara yang kecil dan remeh mungkin boleh membawa kemudaratan yang besar. Mungkin boleh menyebabkan perceraian. Bagi saya, tak kiralah lelaki ke perempuan, semuanya mempunyai peluang yang sama. Atas diri masing-masing yang tentukan bagaimana.

Kepada mereka yang mengahadapi masalah yang agak2 lebih kurang camni, saya nak kongsikan sikit tentang artikel dalam pancaindera semalam (DCCK). Pandangan si penulis memang saya setuju. Katanya, sebagai isteri, bila dapat tahu suami jatuh hati pada wanita lain di luar, jangan kita cepat melatah. Apa yang kita boleh buat, menurutnya adalah:

 1. benarkan saja, terutamanya jika dia mampu. Suami bukan hak mutlak kita, anggaplah dia sebagai pinjaman Allah. mungkin memang jodohnya hak orang lain juga

2.  kalau dia cuma nak suka2 dan seronok2 je buat maksiat, kita lah carikan borang poligami attach sekali dengan taklik baru . suruh dia kawin

3.  tapi jika anda tau suami memang tak mampu berpoligami, dan anda enggan bantu, bersedialah untuk bercerai secara baik. tambahan lagi jika rasa sayng sudah hilang. untuk apa bersama tapi tak bahagia, anak2 yang ankan jadi mangsa.

4.  kalau suami jeis yang mudah naik tangan, belasah anda macam punching bag, jangan tunggu lagi. terus angkat kaki. anda ada hak sebagai wanita. sekarang banyak saluran untuk membantu wanita.

Kesimpulannya, bantu diri kita untuk bahagia dulu kerana bila kita bahagia barulah kita boleh membahagiakan orang2 di sekeliling kita.

Itu serba sedikit isi artikel. Dan saya sangat setuju. Be positive , that's all it takes. Dan sebagai wanita pegangan saya mudah, hope for the best, prepare for the worst. Coz kita tak tau apa yang kita akan hadapi. Life is uncertain....

Ulasan

  1. hope for the best, prepare for the worst. Love this words.. Hidup perlu di teruskan dan tidak perlu rasanya kita menafikan realiti kehidupan.

    Tq sebab singgah blog saya yer..

    BalasPadam
  2. sanggup ke hidup bermadu? hee...hee...ni isu yg sedikit snsetif kpd kaum wanita kn....

    BalasPadam
  3. GA: betul tu. realitinya hidup tak selalu manis. . thanks 4 reading.
    Malik: sometimes, mungkin itu yglebih baik...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Masalah vs cabaran

Semua orang ada masalah. Kalau yang takde masalah tu confirm bukan orang. Orang gila pun ada masalah walaupun nampak macam takde masalah. Tapi setiap orang ada cara masing-masing nak hadapi dan selesaikan masalah mereka. Ada yang terima dengan tenang dan redha, ada juga yang emo, malah ade juga yang lari dari masalah, cipta pulak masalah baru. Saya sendiri pun ada macam-macam masalah. Saya ni sensitif orangnya, jadi dulu kalau saya menghadapi masalah, air mata lah yang kuar dulu plus rasa rendah diri lah, rasa tak gunalah dan lain-lain lah. But then , one day there was a friend came to me and asked; apa yang u hadapi sekarang, masalah atau cabaran? Terkesima, terfikir. The friend said, why not u make the problem became a challenge, because people normally will run from problem, but they will face the challenge. Lama juga saya terfikir. Benar juga, perkataan masalah tu sendiri sedikit negatif. Bila sebut masalah, kita akan berkerut dahi memikirkannya. Tapi belum tentu kita nak sele...

Apa patut Nuha buat?

Terperangkap dalam hubungan toksik seperti Nuha, bukan sebuah impian perkahwinan bagi seorang wanita. Ke kiri salah, ke kanan juga salah. Setiap kali mahu bangkit, bukan untuk melawan, cuma untuk pertahankan diri, juga salah. Serba tak kena. Umpama kalau tersalah ambik jalan pun salah Nuha, walaupun stereng di tangan Tajul.  Saya pasti ramai yang senasib Nuha. Ada yang telah lelah berjuang sehingga memakan diri. Ada yang berjaya keluar macam Nuha setelah lunyai fizikal dan harga diri. Ada yang berakhir dengan kematian - tewas di tangan suami sendiri.  Bagi yang berjaya keluar, itu bukan pengakhiran cerita. Tapi sebaliknya adalah chapter baru hidup kita baru bermula. Kita baru sahaja keluar dari sebuah hubungan yang terlalu menyakitkan yang sebenarnya telah mengubah diri kita. Kita bukan lagi kita yang dulu. Kita keluar dengan luka yang masih berdarah, parut yang masih merah. Apatah lagi jika kita bawa anak-anak yang tak kurang juga luka emosi dan mentalnya. Koyak, rabak dikerj...