Frasa di atas sangat besar maknanya. Kalau sekali imbas, ia boleh di mengertikan bahawa banyaknya ilmu itu seperti banyaknya buih-buih di lautan. Tak terkira. Jadi sebagai khalifah Allah, mencari ilmu adalah fardu dan proses itu adalah proses yang berterusan. Dari saat kita di lahirkan sehingga lah kita menutup mata. Kita belajar setiap hari, sama ada secara formal ataupun tidak. Ilmu itu ada di mana-mana. Kitalah yang bertanggungjawab untuk mencari. Blogging pun satu ilmu juga. Sepanjang beberapa bulan saya menjengah ke dunia blog ini, dah banyak ilmu yang saya kutip. Pelbagai. Serta tugas saya sebagai perunding juga telah menemukan saya dengan pelbagai jenis dan ragam manusia yang saya boleh kutip ilmunya. Dan setelah itu, saya juga bertanggungjawab juga untuk menyebarkan dan mengamalkannya. Kerana ilmu tanpa amal bagaikan pohon tak berbuah . Dan ilmu yang kita amalkan secara berterusan akan menjadi tabiat . Penting untuk memupuk tabiat yang baik agar kita dapat membentuk periba...