Langkau ke kandungan utama

Taklik bukan perkara main-main







Janji sang iblis menyesatkan manusia bukan sekadar janji. Merujuk entry saya yang terdahulu, iblis akan sentiasa memperdayakan manusia termasuklah memain-mainkan lafaz cerai dan taklik. Jadi kali ini saya ingin berkongsi mengenai lafaz taklik yang pada pandangan saya ramai yang kurang arif tentangnya. Malah banyak juga kes di mana mereka menganggap lafaz taklik boleh ditarik balik, dan kerana kejahilan, mereka tetap hidup seperti pasangan suami isteri seperti biasa. Harapan saya, artikel yang saya petik ini dapat membantu.

Dua perkataan yang betul-betul pun jadi, main-main pun jadi. Iaitu perkataan ‘nikah’ dan seerti dengannya dan ‘talak’ dan perkataan yang seumpamanya. Kalau belajar kitab fikah bab ini, tuan guru akan beria-ia memesan agar dua perkataan ini (jika) perlu dilafazkan dengan penuh hati-hati. Katanya inilah dua perkataan yang diucapkan secara sungguh-sungguh pun jadi, main-main punjadi. Maksudnya, ia akan terjadi sepertimana yang dilafazkan.

Dua perkataan itu adalah berkaitan ikatan mutlak antara seorang lelaki dengan seorang perempuan. Sama ada termeterai atau tercerai. Ia termasuk dalam hukum Allah yang bukannya diletakkan untuk main-main. Perkara ini melambangkan bahawa hukum Allah itu suatu yang serius, penting, bermatlamat dan sesekali tidak berhak untuk dimain-mainkan oleh mereka yang waras akal fikirannya. Sebenarnya bukan dua perkataan itu sahaja hukum Allah yang tidak boleh dimain-main, tidak boleh dibuat selamba dan sambil lewa tetapi baki keseluruhan ketetapan Allah. Cuma “kuasa” dua perkataan ini terletak dihujung bibir ramai orang (iaitu wali dan suami).

Maksud

Cerai taklik bermaksud perceraian yang berlaku kerana suami telah bertaklik. Taklik ialah perkataan Arab yang memberi maksud (dalam bahasa Melayu) bergantung, tergantung atau bergantungan. Biasanya diterjemahkan sebagai cerai bersyarat. Manakala daripada segi Istilahnya, ialah perceraian yang berlaku kerana suami telah melafazkan talak atau cerai ke atas isteri dengan syarat-syarat atau peristiwa yang tertentu. Seperti kata suami “apabila saya meninggalkan isteri selama empat bulan tanpa nafkah, dan isteri telah mengadu kepada hakim syarie serta telah membuat bayaran RM1 bagi pihak diri saya, maka jika sabit kesalahan, pada masa itu jatuhlah satu talak khalie”.

Artikel penuh klik sini.
Juga rujuk fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa di sini


Wallahualam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cinta Dalam Hati

Saat cinta itu hadir, Kau tidak sedari, Bila kau rasai, Kau tak ingin ia pergi, Bila ia mulai hilang seri, Kau tak mengerti, Bila ia mahu pergi, Baru kau hargai... Lumrah duniawi... Letakkan nilai pada cintamu, Cinta hadir tidak sendiri, Mesti sulami dengan keihkhlasan hati, Setia mengikat janji, Kejujuran melingkari kasih yang terpatri, Bukan mudah menjaga cinta, Tidak semudah waktu ia hadir, dan pergi...

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Emosi

Saya beremosi. Disebalik kentalnya saya di mata orang..saya sebenarnya lemah. Saya manusia biasa yang ada emosi. Saya adakalanya penat berlagak kuat. Namun saya perlu kelihatan kuat mengharungi semua ujianNya. Saya tidak punya ramai sahabat. Kebelakangan ini, ada insan -insan yang saya anggap sahabat mengkhianati saya. Perlukah saya masih tenang menghadapi pengkhianatan dan fitnah dari sahabat sendiri. Sesungguhnya saya hanya manusia. Saya sambut juga ujian ini dengan air mata. Saya kalah juga dengan emosi .Adakala orang yang tersayang terlalai mengingati kita kerana tanggungjawabnya diwaktu saya perlukan dia.. juga saya kalah dengan emosi.. Rapuhnya saya. Saya hanya mampu berdoa agar Allah melembutkan hati saya untuk memaafkan seikhlasnya dan melapangkan jiwa saya. Tapi hari ini saya ingin meladeni emosi saya sebagai seorang wanita. Untuk hari ini...