Langkau ke kandungan utama

Apalah nasib mereka nanti



Sudahlah susah dan ada yang anak yatim, ada pula manusia berhati binatang sanggup mengambil kesempatan meng'kaya'kan diri sendiri menggunakan anak-anak ini. Saya amat sedih dan prihatin terhadap nasib anak-anak ini kerana mereka adalah anak Malaysia, namun dinafikan hak untuk menerima pendidikan seperti anak-anak lain. Berita yang keluar di akhbar mengenai sebuah pusat tahfiz menggunakan pelajarnya sebagai tenaga kerja di ladang sawit dan meminta derma di luar bukanlah isu baru dan mengejutkan saya.

Tahun lalu sewaktu masih menetap di Bentong, saya sering terserempak dengan anak-anak ini menjual buku, CD dan kismis di sekitar bandar bentong. Setiap kali berjumpa, saya sering bertanya mereka; dari mana, tak sekolah ke, sapa yang bawak ke sini. Ada antara mereka enggan menjawab. Namun ada seorang kanak-kanak dalam lingkungan 10 tahun menjawab mereka memang tidak sekolah, dan 'ustaz' yang membawa mereka ke sini. Saya minta dia tunjukkan siapa orangnya. Saya perhatikan dalam beberapa minggu dan mendapati memang ada seorang lelaki yang membawa mereka (tak nampak cam ustaz pun) dan sering memerhatikan mereka dari jauh. Saya sedih melihat mereka, sepatutnya pada usia ini mereka seronok di sekolah belajar bersama teman-teman sebaya. Apa akan terjadi pada masa depan mereka nanti? Bagaimana mereka nak ubah nasib keluarga dan diri sendiri jika mereka tiada pendidikan? Masya Allah. Dan bagaimana jika ini terjadi kepada anak-anak saya, anak saudara, adik atau jiran tetangga saya? 

Lalu saya cuba membuat laporan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bentong. Tapi apa yang amat mengesalkan, mereka seolah-olah mengambil mudah laporan saya. Pegawai takdelah. Tak tau akta apa. Tak tau nak buat macam mane. 'Laporan' saya di tulis di atas kertas recycle sahaja yang dah tinggal separuh. Tiada borang untuk mengisi maklumat saya. Malah yang paling memeranjatkan mereka juga telah sedia maklum tentang isu itu. Jadi saya hanya terdiam seketika sebelum berkata " Kalau ini jadi kat anak-anak awak ,apa perasaan awak?" mereka hanya diam. Sampai ke hari ini janji mereka untuk menghubungi saya semula tidak pernah di tepati. Lalu saya menghantar emel ke Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (kepada seorang teman yang baru saya kenal). Namun saya sendiri tidak pasti apa jenis tindakan yang telah diambil (atau mungkin buat tak tahu?)

Kesal sekali... Saya amat-amat berharap, isu ini dikaji semula dan akta yang berkaitan digubal untuk membolehkan tindakan undang-undang di ambil kepada pencabul hak asasi kanak-kanak ini. Buatlah sesuatu agar nasib anak-anak ini terbela. Mereka anak Malaysia, bukannya warga pendatang atau pelarian....

Ps: maaf, entry agak beremosi..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cinta Dalam Hati

Saat cinta itu hadir, Kau tidak sedari, Bila kau rasai, Kau tak ingin ia pergi, Bila ia mulai hilang seri, Kau tak mengerti, Bila ia mahu pergi, Baru kau hargai... Lumrah duniawi... Letakkan nilai pada cintamu, Cinta hadir tidak sendiri, Mesti sulami dengan keihkhlasan hati, Setia mengikat janji, Kejujuran melingkari kasih yang terpatri, Bukan mudah menjaga cinta, Tidak semudah waktu ia hadir, dan pergi...

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Emosi

Saya beremosi. Disebalik kentalnya saya di mata orang..saya sebenarnya lemah. Saya manusia biasa yang ada emosi. Saya adakalanya penat berlagak kuat. Namun saya perlu kelihatan kuat mengharungi semua ujianNya. Saya tidak punya ramai sahabat. Kebelakangan ini, ada insan -insan yang saya anggap sahabat mengkhianati saya. Perlukah saya masih tenang menghadapi pengkhianatan dan fitnah dari sahabat sendiri. Sesungguhnya saya hanya manusia. Saya sambut juga ujian ini dengan air mata. Saya kalah juga dengan emosi .Adakala orang yang tersayang terlalai mengingati kita kerana tanggungjawabnya diwaktu saya perlukan dia.. juga saya kalah dengan emosi.. Rapuhnya saya. Saya hanya mampu berdoa agar Allah melembutkan hati saya untuk memaafkan seikhlasnya dan melapangkan jiwa saya. Tapi hari ini saya ingin meladeni emosi saya sebagai seorang wanita. Untuk hari ini...