Langkau ke kandungan utama

Poligami

Bila sebut perkatan "poligami" banyak perkara-perkara negatif singgah di minda kita. Betul kan? Saya juga pernah memberi penafsiran yang sama. Yelah, mana ada antara kita yang sanggup nak berbahagi kasih dengan wanita lain. Dan terus juga kita label kaum hawa yang berstatus isteri kedua tu sebagai PERAMPAS.

Tapi, bila saya renungkan kembali, tentu ada sebab dan hikmah di sebalik poligami. Cuma kita sendiri sebagai insan untuk melihatnya dari sudut yang bagaimanaa. Adakah dari sudut emosi? Atau sudut agama itu sendiri? Atau dari sudut kematangan dan rasional?

Kalau kita pilih emosi, jawapan yang pasti, "TIDAK!". Sampai hukum pun kita boleh tolak tepi dahulu. Kalau kita lihat dari sudut agama, ya, memang agama membenarkan. Maka ramailah lelaki di luar sana menggunakan agama sebagai landasan untuk berpoligami. Sayangnya, ramai juga yang gagal
 menyelami apa yang digariskan agama jika nak berpoligami. Natijahnya, ramailah juga yang gagal dari sudut perlaksanaannya. Yang menjadi mangsa adalah institusi keluarga dan sekaligus mencalar imej agama di mata orang lain.

Namun jika kita menilai sungguh-sungguh dengan mata hati, tentu ada sedikit sebanyak kebaikannya. Orang kata madu bagi wanita seumpama racun yang boleh membunuh. Jika kita nilaikan begitu. Jadi kenapa kita tidak nilaikan sahaja madu itu seperti sifat asalnya ; manis? Di mana manisnya? Pagi tadi saya sempat mengikuti perbincangan antara Dato Dr Hj Fadzilah Kamsah, Dr Tg. Mahadi dan Puan Zarina Za
 inuddin dalam rancangan 'Selami Jiwa' berkaitan isu ini. Menurut Dato Dr Fadzilah Kamsah, berdasarkan kajian soal selidik yang di buat, kebanyakan jawapan adalah sangat negatif. (Saya simpulkan sahaja). Ramai wanita yang menentang, menganggap poligami bagaikan neraka dunia, punca keretakan rumahtangga, suami gagal adil, menyebabkan berlakunya penipuan dan sebagainya.

Jadi di situ saya terfikir, apa agaknya PUNCA berlaku keadaan demikian? Setiap perkara yang berlaku pasti ada puncanya. Berdasarkan pengamatan, dan sedikit rujukan melalui pembacaan
 , saya boleh rumuskan bahawa:
* Ramai yang mengaku Islam, dilahirkan Islam, tapi gagal menjadi Islam. Maka ramai yang mengikut sesuatu hukum sekadar mengikut. Tidak menghayati dan mengamalkannya. Berapa ramai yang tahu kenapa Allah membenarkan poligami dan apa syaratnya. Dalam surah An Nisa' ada menyebut tentang perkara ini. Antara maksudnya: Berkahwinlah kamu dengan perempuan yang kamu inginkan satu atau dua atau tiga atau empat, tapi kalau kamu bimbang tidak dapat berlaku adil maka kahwinlah satu sahaja (betulkan jika saya tersilap).
* Ramai yang ada keinginan nak berpoligami, mempunyai kemampuan tapi tak sanggup nak beritahu isteri pertama. Alasannya nak jaga hati isteri pertama. Tapi antara sedar dengan tidak sebenarnya dia dah mencipta masalah baru dan tidak mengormati hak isteri-isterinya. Maka akan berlakulah ketidak adilan dan mengundang masalah-masalah lain.

* Matlamat berpolgami tidak jelas..mungkin hanya kerana nafsu. Dah tentu-tentu tak betul dan tak mengikut syariah.
Tak semua poligami mengundang petaka. Ada yang bahagia, ada yang berjaya. Bagi kita pula sebagai wanita, jangan cepat menghukum. Tak semua wanita yang ingin berkahwin dengan suami orang adalah perampas dan pengikis. Lain orang lain sebabnya, lain juga ceritanya. Nilai dulu, selidik dan baru kita adili. Mungkin anda juga bertanya kepada saya, apa reaksi saya jika suami saya tiba-tiba nak kawin satu lagi?!!! Bagi saya, tentunya saya akan sedih, tapi saya harap saya akan rasional dan matang. Mungkin tela
 h ditetapkan jodohnya bukan dengan saya seorang... jadi jawapan yang pasti saya REDHA.... (if only dia BETUL-BETUL MAMPU sahaja!) ^_^

wallhualam


Ulasan

  1. Wah seronoklah cik abang bunga dengar jawapan cik bunga ni. Mana ada racun, always sweet je madu ni, malah manisnya tanpa gula.

    BalasPadam
  2. saya sokong poligami kalau poligami itu adalah free. haha

    BalasPadam
  3. klau dpt wife yg open minded mcm zarah ni rmai laki khwin lg 1...haaa...haa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cinta Dalam Hati

Saat cinta itu hadir, Kau tidak sedari, Bila kau rasai, Kau tak ingin ia pergi, Bila ia mulai hilang seri, Kau tak mengerti, Bila ia mahu pergi, Baru kau hargai... Lumrah duniawi... Letakkan nilai pada cintamu, Cinta hadir tidak sendiri, Mesti sulami dengan keihkhlasan hati, Setia mengikat janji, Kejujuran melingkari kasih yang terpatri, Bukan mudah menjaga cinta, Tidak semudah waktu ia hadir, dan pergi...

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Emosi

Saya beremosi. Disebalik kentalnya saya di mata orang..saya sebenarnya lemah. Saya manusia biasa yang ada emosi. Saya adakalanya penat berlagak kuat. Namun saya perlu kelihatan kuat mengharungi semua ujianNya. Saya tidak punya ramai sahabat. Kebelakangan ini, ada insan -insan yang saya anggap sahabat mengkhianati saya. Perlukah saya masih tenang menghadapi pengkhianatan dan fitnah dari sahabat sendiri. Sesungguhnya saya hanya manusia. Saya sambut juga ujian ini dengan air mata. Saya kalah juga dengan emosi .Adakala orang yang tersayang terlalai mengingati kita kerana tanggungjawabnya diwaktu saya perlukan dia.. juga saya kalah dengan emosi.. Rapuhnya saya. Saya hanya mampu berdoa agar Allah melembutkan hati saya untuk memaafkan seikhlasnya dan melapangkan jiwa saya. Tapi hari ini saya ingin meladeni emosi saya sebagai seorang wanita. Untuk hari ini...