Langkau ke kandungan utama

Skandal bini orang : bila yang haram nak dihalalkan

Panas tajuk kali ini. Post pembukaan setelah lama blog ni bersawang. Banyak topik nak ulas, tapi ini topik paling menarik.

Kisahnya, baru-baru ini terlihat di MukaBuku tentang skandal pengarah sebuah jabatan kerajaan dengan seorang wanita berstatus bini orang (kebenaran cerita - Wallahualam). Aku cuma nak ulas tentang isu itu. Ramai yang keji. Tapi itulah realiti.

Aku dah jumpa kes macam ni dah lama. Dari zaman aku belajar lagi. Sampai tertanya juga, kenapa mesti bini orang? Dah tentu kau tak boleh nikah. Dah tentu hukumnya HARAM

Itulah...kadang-kadang yang haram tu nampak indah macam syurga. Syaitan dan berjanji nak sesatkan anak cucu Adam sampai kiamat. Yang halal kat rumah nampak buruk, yang haram.tu jugak kau selera.

Sebab tu aku pernah dengar, jihad pertama kita sebagai manusia ialah melawan nafsu. Jihad tau. Bukan senang nak lawan nafsu. Aku pun sama. Semoga kita semua dilindungi.

Ni pendapat aku..mungkin faktor penyebab terjadinya perkara ini ialah bila kita semakin jauh daripada Agama. Bila agama cuma sekadar solat, puasa. Bila tafsiran ibadat tu cuma merujuk perlakuan kita di tikar sembahyang. Sedangkan tafsirannya jauh lebih luas. 

Asasnya, kembalilah kepada aturan agama. Jadikan agama sebagai cara hidup. Supaya ada batas-batas yang membentengi setiap perlakuan kita. Dan supaya menjadi panduan untuk kita memilih. Kerana yang pasti hidup itu sebuah pilihan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cinta Dalam Hati

Saat cinta itu hadir, Kau tidak sedari, Bila kau rasai, Kau tak ingin ia pergi, Bila ia mulai hilang seri, Kau tak mengerti, Bila ia mahu pergi, Baru kau hargai... Lumrah duniawi... Letakkan nilai pada cintamu, Cinta hadir tidak sendiri, Mesti sulami dengan keihkhlasan hati, Setia mengikat janji, Kejujuran melingkari kasih yang terpatri, Bukan mudah menjaga cinta, Tidak semudah waktu ia hadir, dan pergi...

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Emosi

Saya beremosi. Disebalik kentalnya saya di mata orang..saya sebenarnya lemah. Saya manusia biasa yang ada emosi. Saya adakalanya penat berlagak kuat. Namun saya perlu kelihatan kuat mengharungi semua ujianNya. Saya tidak punya ramai sahabat. Kebelakangan ini, ada insan -insan yang saya anggap sahabat mengkhianati saya. Perlukah saya masih tenang menghadapi pengkhianatan dan fitnah dari sahabat sendiri. Sesungguhnya saya hanya manusia. Saya sambut juga ujian ini dengan air mata. Saya kalah juga dengan emosi .Adakala orang yang tersayang terlalai mengingati kita kerana tanggungjawabnya diwaktu saya perlukan dia.. juga saya kalah dengan emosi.. Rapuhnya saya. Saya hanya mampu berdoa agar Allah melembutkan hati saya untuk memaafkan seikhlasnya dan melapangkan jiwa saya. Tapi hari ini saya ingin meladeni emosi saya sebagai seorang wanita. Untuk hari ini...