Langkau ke kandungan utama

Marah

Assalamualaikum
Lama tidak menjengah. Bukan lupa. Bukan tidak ingat. Namun keterbatasan waktu. Walaupun rindu sangat.

Tadi, membelek FB, terlihat satu video amuk seorang wanita ketika barang jualan dan gerainya dirampas pihak penguatkuasa. Ya, komentar ada yang pro ada yang kontra. Ada yang simpati, tidak kurang mengeji.

Sungguh, saya faham perasaan wanita itu. Saya pernah merasai marah yang tidak dikawal. Menjerit-jerit bagai hilang akal. Ketika waras begini ada sesal yang bukan sedikit, juga malu teramat. Namun waktu tidak mungkin diputar kembali. Dan bukan juga sia-sia setiap kejadian itu kan? Allah mendidik dan menegur dengan banyak cara. Malah apa yg kita belajar dari setiap kekhilafan itulah sebenar-benar Rahmat dari Nya.

Hidup ini umpama kelas yang kita hadiri. Sentiasa belajar. Dan proses itu bukan mudah. Belajar itu juga ada tujuan yang hendak kita capai. Bagi kita yang menjadi pelajar itu wajar sentiasa sedar tentang tujuan tersebut. Dalam ujian, pasti ada masa kita gagal. Belajar lah dari setiap kegagalan dan dugaan.

Tuhan.. Saya manusia khilaf, seorang pendosa. Terlalu banyak dosa. Pernah melalui beberapa kegagalan besar. Pernah juga hampir berputus harap. Entah berapa kali jatuh dan bangun. Dan Dia masih menyambung nafas saya, hanya untuk menyedarkan saya apa tujuan hidup di dunia ini. Juga menyedarkan saya bahawa RahmatNya teramat luas. Jangan putus asa...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cinta Dalam Hati

Saat cinta itu hadir, Kau tidak sedari, Bila kau rasai, Kau tak ingin ia pergi, Bila ia mulai hilang seri, Kau tak mengerti, Bila ia mahu pergi, Baru kau hargai... Lumrah duniawi... Letakkan nilai pada cintamu, Cinta hadir tidak sendiri, Mesti sulami dengan keihkhlasan hati, Setia mengikat janji, Kejujuran melingkari kasih yang terpatri, Bukan mudah menjaga cinta, Tidak semudah waktu ia hadir, dan pergi...

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Emosi

Saya beremosi. Disebalik kentalnya saya di mata orang..saya sebenarnya lemah. Saya manusia biasa yang ada emosi. Saya adakalanya penat berlagak kuat. Namun saya perlu kelihatan kuat mengharungi semua ujianNya. Saya tidak punya ramai sahabat. Kebelakangan ini, ada insan -insan yang saya anggap sahabat mengkhianati saya. Perlukah saya masih tenang menghadapi pengkhianatan dan fitnah dari sahabat sendiri. Sesungguhnya saya hanya manusia. Saya sambut juga ujian ini dengan air mata. Saya kalah juga dengan emosi .Adakala orang yang tersayang terlalai mengingati kita kerana tanggungjawabnya diwaktu saya perlukan dia.. juga saya kalah dengan emosi.. Rapuhnya saya. Saya hanya mampu berdoa agar Allah melembutkan hati saya untuk memaafkan seikhlasnya dan melapangkan jiwa saya. Tapi hari ini saya ingin meladeni emosi saya sebagai seorang wanita. Untuk hari ini...