Langkau ke kandungan utama

Etika


Saya duduk melabuhkan punggung di atas kerusi di kafeteria sebuah hospital. Di meja itu turut ada seorang lelaki pertengahan umur dan anaknya. Saya lemparkan senyuman. Balas. Kemudia datang sepasang suami isteri warga emas berbangsa Cina.
"Ada orang di sini?" tanya wanita Cina tersebut kepada lelaki di hujung meja. Lelaki itu menggeleng sambil senyum. Saya turut senyum kepada pasangan itu. Kawan saya pula tiba mengambil tempat di sebelah saya sambil membawa minuman. Kami berbual kosong.

"Auntie, makan.." tegur teman saya. Wanita warga emas itu membalas. Kami berbasa basi sesama kami. Sekadar bertanya itu ini. Saya bertanya wanita itu tujuannya ke hospital. "Tengok doktor. Uncle tak sihat"

Kami berbual lagi.

"Itu doktor cakap sama uncle, kalau saya jadi uncle saya taka nak cuci dah, biar mati saje (merujuk kepada lelaki warga emas itu yang mengalami masalah buah pinggang dan perlu menjalani dialisis)" kata wanita Cina tersebut

Saya tersentak. Di mana etika seorang doktor? Doktor itu berbangsa Melayu dan beragama Islam. Di mana dia letak agamanya semasa menuturkan ayat tersebut kepada warga tua itu. Tiada hormat. Kata wanita itu, dia akan bertemu pihak pengurusan hospital untuk membuat aduan. Bukan tentang itu sahaja. Juga tentang rawatan dialisis pakcik tersebut, di mana mereka telah di hantar ke Triang atau Cheras untuk menjalani dialisis. Di manakah kemanusiaan orang yang mengatur itu? Mereka berdua terlalu uzur untuk memandu jauh. ( Pakcik tersebut memandu sendiri dalam keadaan uzur sebegitu dari rumah ke hospital!)

Kemanusian. Adakah telah sedikit demi sedikit lenyap?


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cinta Dalam Hati

Saat cinta itu hadir, Kau tidak sedari, Bila kau rasai, Kau tak ingin ia pergi, Bila ia mulai hilang seri, Kau tak mengerti, Bila ia mahu pergi, Baru kau hargai... Lumrah duniawi... Letakkan nilai pada cintamu, Cinta hadir tidak sendiri, Mesti sulami dengan keihkhlasan hati, Setia mengikat janji, Kejujuran melingkari kasih yang terpatri, Bukan mudah menjaga cinta, Tidak semudah waktu ia hadir, dan pergi...

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Emosi

Saya beremosi. Disebalik kentalnya saya di mata orang..saya sebenarnya lemah. Saya manusia biasa yang ada emosi. Saya adakalanya penat berlagak kuat. Namun saya perlu kelihatan kuat mengharungi semua ujianNya. Saya tidak punya ramai sahabat. Kebelakangan ini, ada insan -insan yang saya anggap sahabat mengkhianati saya. Perlukah saya masih tenang menghadapi pengkhianatan dan fitnah dari sahabat sendiri. Sesungguhnya saya hanya manusia. Saya sambut juga ujian ini dengan air mata. Saya kalah juga dengan emosi .Adakala orang yang tersayang terlalai mengingati kita kerana tanggungjawabnya diwaktu saya perlukan dia.. juga saya kalah dengan emosi.. Rapuhnya saya. Saya hanya mampu berdoa agar Allah melembutkan hati saya untuk memaafkan seikhlasnya dan melapangkan jiwa saya. Tapi hari ini saya ingin meladeni emosi saya sebagai seorang wanita. Untuk hari ini...