Langkau ke kandungan utama

Kita dan hutang... dan hutang

Perasan tak masyarakat kita macam dididik supaya berhutang. Walaupun kerajaan kita berusaha mendidik kita menyimpan, melabur, merancang kewangan, tapi...mekanismenya dengan cara berhutang? Tak percaya:

1 - Contoh ASB - memang satu instrument pelburan yang sangat bagus. Skim ni membolehkan kita mengoptimumkan simpanan kita menjadi berkali ganda nilainya dalam jangkamasa panjang. Tapi yang tak bestnya, kita diberi cara ~ buat loan untuk melabur. Memangla, sapa tak nak diberi peluang melabur lump sum dalam jumlah yang banyak. Tapi perlu ke berhutang untuk menyimpan. See, kita seperti dididik untuk berhutang. Kalau dividend ASB bagi 8% , tapi tolak interest loan bank 5% , kan dah sikit untung kita ; 8%-5% = 3 % jerk! Kan lebih baik kalau installment kita bulan2 tu terus direct masuk ASB. Lagi untung kot. 

2- SSPN- lagi satu instrument simpanan yang saya rasa memang baguslah. Merancang pendidikan anak-anak dari masa dia kecil lagi. Oklah kan, bulan2 simpan kat SSPN, cukup masa nanti boleh buat biaya pelajaran anak-anak. Tapi yang tak syok nya sekarang orang ramai buka akaun SSPN sebab nak membolehkan anak dorang BUAT LOAN PTPTN.Lahaiii.. hutang lagi. Dengan menyimpan RM20, anda boleh membuat pinjaman sehingga RM21K. Hmmm.. kita ni hidup xkan dapat lari dari hutang

Tu belum lagi hutang kete, rumah, kad kredit dll..... Oh hutang dan hutang....

ps: 



Ulasan

  1. cik bunge..saya ader pertanyaan utk cik bunga pd catatan cik bunge 'mak a.k.a superwoman'..minta cik bunge tolong jwb ye..

    BalasPadam
  2. dan sebab hutang juga bumi susah hendak terima jasad :)...sebenarnya..sedar x sedar..kita telah di set oleh BArat..bahawa hidup kena ada simpanan, untuk hari tua..untuk hari pencen..sedangkan kita tak akan boleh meramalkan hidup kita setakat mana kan..x gitu? paranoid for retiring day...

    BalasPadam
  3. First, yes true hidup kita mengikut acuan barat sehingga kita sanggup berhutang supaya dpt rasa lifestyle yg dicipt barat.
    but second think i would say that saving, retirement plan, investment sgt penting, sbb dlm islam mengumpul, mengurus dan mebelanjakan harta adalah satu amanah. merancang persaraan dan masa depan bukan beerti kita meramal hidup kita sampai mana, tp sebagai satu persediaan agar kita tidak meyusahkan keluarga kita yg bakal kita tinggalkan jika kita telah pergi atau sakit atau x mampu bekerja. so thats when those saving useful

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Masalah vs cabaran

Semua orang ada masalah. Kalau yang takde masalah tu confirm bukan orang. Orang gila pun ada masalah walaupun nampak macam takde masalah. Tapi setiap orang ada cara masing-masing nak hadapi dan selesaikan masalah mereka. Ada yang terima dengan tenang dan redha, ada juga yang emo, malah ade juga yang lari dari masalah, cipta pulak masalah baru. Saya sendiri pun ada macam-macam masalah. Saya ni sensitif orangnya, jadi dulu kalau saya menghadapi masalah, air mata lah yang kuar dulu plus rasa rendah diri lah, rasa tak gunalah dan lain-lain lah. But then , one day there was a friend came to me and asked; apa yang u hadapi sekarang, masalah atau cabaran? Terkesima, terfikir. The friend said, why not u make the problem became a challenge, because people normally will run from problem, but they will face the challenge. Lama juga saya terfikir. Benar juga, perkataan masalah tu sendiri sedikit negatif. Bila sebut masalah, kita akan berkerut dahi memikirkannya. Tapi belum tentu kita nak sele...

Apa patut Nuha buat?

Terperangkap dalam hubungan toksik seperti Nuha, bukan sebuah impian perkahwinan bagi seorang wanita. Ke kiri salah, ke kanan juga salah. Setiap kali mahu bangkit, bukan untuk melawan, cuma untuk pertahankan diri, juga salah. Serba tak kena. Umpama kalau tersalah ambik jalan pun salah Nuha, walaupun stereng di tangan Tajul.  Saya pasti ramai yang senasib Nuha. Ada yang telah lelah berjuang sehingga memakan diri. Ada yang berjaya keluar macam Nuha setelah lunyai fizikal dan harga diri. Ada yang berakhir dengan kematian - tewas di tangan suami sendiri.  Bagi yang berjaya keluar, itu bukan pengakhiran cerita. Tapi sebaliknya adalah chapter baru hidup kita baru bermula. Kita baru sahaja keluar dari sebuah hubungan yang terlalu menyakitkan yang sebenarnya telah mengubah diri kita. Kita bukan lagi kita yang dulu. Kita keluar dengan luka yang masih berdarah, parut yang masih merah. Apatah lagi jika kita bawa anak-anak yang tak kurang juga luka emosi dan mentalnya. Koyak, rabak dikerj...