Langkau ke kandungan utama

Mendidik dan menghukum


keratan akhbar Berita Minggu

Di kalangan masyarakat kita, istilah isteri nusyuz sangat popular sehingga kita terlupa bahawa suami juga boleh nusyuz. Saya tertarik dengan kandungan artikel di atas. Menurut Dato' Dr Abu Hassan Din Al-Hafiz dalam rancangan Tanyalah Ustaz (tak ingat bila), bila berlaku nusyuz terhadap isteri, suami terus menghukum isteri. Tapi pernahkah sang suami mencari puncanya berlaku demikian. Yang berbahagia Dato' menekankan bahawa apa jua yang berlaku terhadap isteri itu adalah tanggungjawab suami. Jadi jika dari awal suami memang tidak pernah mendidik isterinya , suruh taat, solat dsb, maka suamilah yang perlu menyalahkan dirinya dahulu. Kemudian barulah suami boleh menegur si isteri, mengikut apa yang tertulis di dalam Al-Quran. (sila rujuk artikel di atas). 

Menurut artikel di atas, tindakan menegur isteri, pisah tempat tidur dan memukul perlulah bertujuan untuk mendidik bukannya dengan kasar dan kejam. Tapi apa yang kita lihat ada suami yang pandai2 buat justifikasi sendiri dengan sewenang-wenangnya menumbuk isteri, merotan isteri, dan mengeluarkan kata-kata kesat yang boleh menghina isteri. Tahukah kamu wahai lelaki di luar sana, tindakan kamu itu boleh membawa kepada nusyuz juga. Iaitu kamu sebagai suami telah gagal menjalankan tanggungjawab kamu sebaiknya dan mengasari isteri yang sewajarnya kamu lindungi. Kena ingat, jika suami punya hak atas TALAK, isteri juga Allah beri hak kepadanya KHULU' (tebus talak). Sebagai lelaki,  tugas sebagai suami bukanlah hanya menyara  keluarga dan memberi nafkah di ranjang. Tanggungjawab itu jauh lebih berat. Dan jangan sesekali mengambil mudah hukum Allah yang tertulis dengan mendefinisikannya mengikut kesesuaian kamu. Kerana Allah itu Maha Adil dan takkan menzalimi hamba Nya. Isteri ada haknya. Jika kamu gagal tunaikan haknya, jawablah kamu di sana nanti..

Wallahualam

Nota: Saya bukan bijak pandai agama, jadi sila rujuk kepada yang arif setelah membaca artikel ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cinta Dalam Hati

Saat cinta itu hadir, Kau tidak sedari, Bila kau rasai, Kau tak ingin ia pergi, Bila ia mulai hilang seri, Kau tak mengerti, Bila ia mahu pergi, Baru kau hargai... Lumrah duniawi... Letakkan nilai pada cintamu, Cinta hadir tidak sendiri, Mesti sulami dengan keihkhlasan hati, Setia mengikat janji, Kejujuran melingkari kasih yang terpatri, Bukan mudah menjaga cinta, Tidak semudah waktu ia hadir, dan pergi...

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Emosi

Saya beremosi. Disebalik kentalnya saya di mata orang..saya sebenarnya lemah. Saya manusia biasa yang ada emosi. Saya adakalanya penat berlagak kuat. Namun saya perlu kelihatan kuat mengharungi semua ujianNya. Saya tidak punya ramai sahabat. Kebelakangan ini, ada insan -insan yang saya anggap sahabat mengkhianati saya. Perlukah saya masih tenang menghadapi pengkhianatan dan fitnah dari sahabat sendiri. Sesungguhnya saya hanya manusia. Saya sambut juga ujian ini dengan air mata. Saya kalah juga dengan emosi .Adakala orang yang tersayang terlalai mengingati kita kerana tanggungjawabnya diwaktu saya perlukan dia.. juga saya kalah dengan emosi.. Rapuhnya saya. Saya hanya mampu berdoa agar Allah melembutkan hati saya untuk memaafkan seikhlasnya dan melapangkan jiwa saya. Tapi hari ini saya ingin meladeni emosi saya sebagai seorang wanita. Untuk hari ini...