Langkau ke kandungan utama

Malaysia No 1

Selak-selak paper tadi, terbaca tentang 'pencapaian' Malaysia terbaru dalam bidang OBESITI.  Mak aih. Itu petanda orang kita semakin selesa, negara semakin makmur. Kalau di Somalia orang mati sebab tak makan, di sini boleh mati terkena macam-macam penyakit sebab terlebih banyak makan.

Apa yang terjadi sekarang adalah natijah daripada gaya hidup rakyat Malaysia sendiri. Satu pemandangan yang biasa bila tengah-tengah malam pun kedai mamak masih penuh dengan manusia tengah menjamu selera. Makan yang berat-berat pulak tu. Roti canai, teh tarik, kalau kat Terengganu ni saya lihat nasi minyak pun ada dijual waktu malam (Sedap beb!). Itulah antara penyumbang-penyumbang utama kepada lemak-lemak yang berkumpul kat dalam badan. Mana taknya, waktu malam kan kadar metabolisme kita dah semakin rendah. Kalau ikut sunnah  Nabi SAW kita, makan malam elok di ambil sebelum maghrib. Sebab untuk menghadamkan makanan tu kan akan ambil masa lebih kurang 4 jam. So elok-elok makanan dalam perut tu dah hadam masa kita nak tidur. Takdelah kita mengerah kilang penghadaman kita tu ke tahap maksimum.

Berbalik kepada saranan Nabi SAW. Kalau kita betul-betul mengikut cara yang dianjurkan, insyaallah kita pasti dilindungi daripada macam-macam jenis penyakit yang dok ada sekarang ni. Rasulullah menyuruh kita makan secara sederhana.Rasulullah suruh kita makan sebelum lapar supaya kita tidak makan berlebihan. Berhenti makan pula sebelum kenyang , supaya cukup ruang untuk perut kita menjalankan fungsinya.  Jangan minum semasa makan, tapi ambil minuman setelah selesai makan (lebih kurang 1/2 jam selepas makan) supaya kita tidak menggnggu sistem enzim pencernaan kita yang sedang bekerja dan makanlah buah sebelum makan (membantu penghadaman). Dah cantik dah ajaran Rasulullah, tapi kebanyakan kita lebih suka makan ikut nafsu.
makan dan makan lagi...




Ulasan

  1. baru2 ni tertengok kat tv infa mengenai bahayanya rendang...

    BalasPadam
  2. tu mmg la, hi cholestrol , hi fat, lgpun daging lmbat nak dicernakan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cinta Dalam Hati

Saat cinta itu hadir, Kau tidak sedari, Bila kau rasai, Kau tak ingin ia pergi, Bila ia mulai hilang seri, Kau tak mengerti, Bila ia mahu pergi, Baru kau hargai... Lumrah duniawi... Letakkan nilai pada cintamu, Cinta hadir tidak sendiri, Mesti sulami dengan keihkhlasan hati, Setia mengikat janji, Kejujuran melingkari kasih yang terpatri, Bukan mudah menjaga cinta, Tidak semudah waktu ia hadir, dan pergi...

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Emosi

Saya beremosi. Disebalik kentalnya saya di mata orang..saya sebenarnya lemah. Saya manusia biasa yang ada emosi. Saya adakalanya penat berlagak kuat. Namun saya perlu kelihatan kuat mengharungi semua ujianNya. Saya tidak punya ramai sahabat. Kebelakangan ini, ada insan -insan yang saya anggap sahabat mengkhianati saya. Perlukah saya masih tenang menghadapi pengkhianatan dan fitnah dari sahabat sendiri. Sesungguhnya saya hanya manusia. Saya sambut juga ujian ini dengan air mata. Saya kalah juga dengan emosi .Adakala orang yang tersayang terlalai mengingati kita kerana tanggungjawabnya diwaktu saya perlukan dia.. juga saya kalah dengan emosi.. Rapuhnya saya. Saya hanya mampu berdoa agar Allah melembutkan hati saya untuk memaafkan seikhlasnya dan melapangkan jiwa saya. Tapi hari ini saya ingin meladeni emosi saya sebagai seorang wanita. Untuk hari ini...