Langkau ke kandungan utama

Hellen Keller : Menerima dan menggapai cita

Dapat tak anda bayangkan anda berada dalam bilik yang sangat gelap, kedap bunyi; nothing you can see and nothing you can hear?  And nobody hear you too. Agaknya berapa lama boleh tahan ye? I can't, coz saya takut gelap dan klaustrofobik.

Tak terbayang kan kalau ada orang yang dilahirkan pekak, bisu dan buta boleh menjadi antara orang yang melakar sejarahnya tersendiri. Setelah lebih seabad dunia masih menyebut namanya dan menghargai sumbangannya.Dialah Hellen Keller,  aktivis politik, penulis dn pensyarah kelahiran Amerika Syarikat.

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang perjalanan dan sejarah hidupnya.  Apa yang ingin saya terjemahkan adalah semangat dan keberaniannya meneruskan hidupnya. Bukan hanya hidup, tetapi hidup dengan luar biasa, Mampu menerima keadaan dirinya dengan terbuka, dan memanipulasi kekurangannya menjadi senjata. Tak semua orang mampu MENERIMA kelemahan dan kekurangan diri. Apatah lagi untuk menggunakannya sebagai kekuatan. 




Adakalanya bila kita memaksa diri kita untuk menerima, kita bakal kalah juga dengan perasaan terpaksa itu. Kita akan memendam di dalam ruang hati, hanya menanti masa untuk diluahkan.Apabila terluah maka timbullah persengketaan. Andainya melibatkan hubungan dengan orang disekeliling, maka akan wujudlah persengkataan yang boleh mencalar hubungan. Jika hanya di dalam diri, akan berlegarlah perbalahan dalam diri. Saya juga begitu. Saya sering menganggap saya boleh menerima sesuatu perkara, namun hakikatnya mungkin tidak sepenuhnya (sebenarnya tidak jujur dengan diri sendiri). Bila sampai ketikanya, baru tersedar ada unsur ketidakjujuran itu.

Namun andainya kita lebih terbuka menerima segalanya seadanya, walau tidak sempurna, maka segalanya pasti jadi mudah. Percayalah,saat itu pasti kita sedar bahawa potensi kita melangkaui apa yang kita fikir. Itu yang saya lihat pada Hellen. Apabila beliau mula menerima keadaan dirinya, tiada yang mustahil lagi. Fikir-fikirlah. Kerana saya juga sedang memberitahu hati kecil agar lebih terbuka. Agar lebih menerima. Supaya saya boleh pergi lebih jauh. Itu yang saya cita-citakan!



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cinta Dalam Hati

Saat cinta itu hadir, Kau tidak sedari, Bila kau rasai, Kau tak ingin ia pergi, Bila ia mulai hilang seri, Kau tak mengerti, Bila ia mahu pergi, Baru kau hargai... Lumrah duniawi... Letakkan nilai pada cintamu, Cinta hadir tidak sendiri, Mesti sulami dengan keihkhlasan hati, Setia mengikat janji, Kejujuran melingkari kasih yang terpatri, Bukan mudah menjaga cinta, Tidak semudah waktu ia hadir, dan pergi...

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Emosi

Saya beremosi. Disebalik kentalnya saya di mata orang..saya sebenarnya lemah. Saya manusia biasa yang ada emosi. Saya adakalanya penat berlagak kuat. Namun saya perlu kelihatan kuat mengharungi semua ujianNya. Saya tidak punya ramai sahabat. Kebelakangan ini, ada insan -insan yang saya anggap sahabat mengkhianati saya. Perlukah saya masih tenang menghadapi pengkhianatan dan fitnah dari sahabat sendiri. Sesungguhnya saya hanya manusia. Saya sambut juga ujian ini dengan air mata. Saya kalah juga dengan emosi .Adakala orang yang tersayang terlalai mengingati kita kerana tanggungjawabnya diwaktu saya perlukan dia.. juga saya kalah dengan emosi.. Rapuhnya saya. Saya hanya mampu berdoa agar Allah melembutkan hati saya untuk memaafkan seikhlasnya dan melapangkan jiwa saya. Tapi hari ini saya ingin meladeni emosi saya sebagai seorang wanita. Untuk hari ini...