Langkau ke kandungan utama

The Good Wife

The Good Wife 2 ; My fav series just ended last nite on Diva Channel. I really admired the main character; Alicia Florrick.. What an extraordinary woman. There's a lot of lesson in this series. Alicia did handle her family, her husband's scandal and her children in extraordinary ways. She fought every obstacle that come to her way.. from an ordinary housewife to a tough lawyer. She just moved on her life.

Sungguh, saya terpesona dengan wataknya. Dia tenang dan caranya menjawab setiap persoalan yang datang sangat berbeza. Dari siri pertama saya mengikuti perkembangan wataknya. Dalam siri kedua dia lebih matang dan berwibawa. Dia memaafkan, menerima, dan melawan. Bayangkan kita di situasinya; suami didakwa di mahkamah, pembongkaran skandal seks suaminya, mereka kehilangan rumah, dia terpaksa bekerja dan menggalas beban sebagai ketua keluarga dan menjaga hati serta psikologi anak-anak remajanya.Saya bagaikan merasai jiwanya.

Harap-harap akan ada siri ketiga. Kerana siri ini berakhir dengan hubungannya dengan Will Gardner ( her ex college BF) ada sedikit perkembangan. Bukanlah menyokong kecurangan seorang isteri, namun Alicia juga berhak untuk meladeni hatinya yang kecewa. Huhu..kan dh cakap, saya terlalu terbawa-bawa..

Ulasan

  1. hai. cantik layout. bertukar sudah ya

    cerita ni sesuai betul dengan jiwa zara, padan pun berkenan.

    BalasPadam
  2. haha.. betul tu .. mmg sgt melekat di jiwa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cinta Dalam Hati

Saat cinta itu hadir, Kau tidak sedari, Bila kau rasai, Kau tak ingin ia pergi, Bila ia mulai hilang seri, Kau tak mengerti, Bila ia mahu pergi, Baru kau hargai... Lumrah duniawi... Letakkan nilai pada cintamu, Cinta hadir tidak sendiri, Mesti sulami dengan keihkhlasan hati, Setia mengikat janji, Kejujuran melingkari kasih yang terpatri, Bukan mudah menjaga cinta, Tidak semudah waktu ia hadir, dan pergi...

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Emosi

Saya beremosi. Disebalik kentalnya saya di mata orang..saya sebenarnya lemah. Saya manusia biasa yang ada emosi. Saya adakalanya penat berlagak kuat. Namun saya perlu kelihatan kuat mengharungi semua ujianNya. Saya tidak punya ramai sahabat. Kebelakangan ini, ada insan -insan yang saya anggap sahabat mengkhianati saya. Perlukah saya masih tenang menghadapi pengkhianatan dan fitnah dari sahabat sendiri. Sesungguhnya saya hanya manusia. Saya sambut juga ujian ini dengan air mata. Saya kalah juga dengan emosi .Adakala orang yang tersayang terlalai mengingati kita kerana tanggungjawabnya diwaktu saya perlukan dia.. juga saya kalah dengan emosi.. Rapuhnya saya. Saya hanya mampu berdoa agar Allah melembutkan hati saya untuk memaafkan seikhlasnya dan melapangkan jiwa saya. Tapi hari ini saya ingin meladeni emosi saya sebagai seorang wanita. Untuk hari ini...