Langkau ke kandungan utama

Menghargai dan dihargai

19 May 2011. Saya terima satu panggilan telefon dari seorang klien yang juga teman saya yang agak rapat. Cemas beliau bersuara, "aku buang air berdarah... memang keluar darah je"

Sayapun cemas, risaukan kesihatan beliau. Lantas saya meminta beliau (beliau berada di Bera) ke klinik dan minta doktor buat satu surat rujukan ke hospital. Saya juga cemas, kerana waktu telah malam dan saya benar-benar tidak dapat menghantar beliau ke hospital. Satu lagi panggilan saya terima, mengatakan beliau telah dapat surat tersebut dan adiknya akan menghantar beliau ke Kuantan (KPJ Specialist). Hati saya lega, sempat juga meminta maaf kerana tidak berkesempatan nak hantar.

2.30 am saya terima mesej mengatakan beliau telah selamat diwadkan. Pagi esoknya saya hubungi Prudential untuk mengesahkan GL dikeluarkan untuk sahabat saya itu. Done. Hati saya lega, kerana hari itu saya telah berjaya membantu sahabat saya. Riang walaupun masih risaukan kesihatannya.

20 May 2011. Petang. Saya terima panggilan dari adik ipar sahabat saya tadi. Beliau bertanyakan tentang bil hospital, adakah Prudential akan bayarkan. Jadi sebagaimana yang telah saya terangkan kepada abang iparnya, saya terangkan sekali lagi kepadanya. Alhamdulillah, beliau faham dan saya lega kerana sekurang-kurangnya saya berjaya ringankan beban keluarganya ; dari segi bebanan kewangan dan perasaan. Saya cuma meminta sahabat saya supaya bertenang dan berehat kerana urusan hospital dan bil saya yang akan uruskan. Terharu bila beliau berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada saya. Oh lupa, beliau disahkan mengalami pendarahan usus yang serius dan perlu dipantau selama 5 hari untuk antibiotik dan jika masih tidak sembuh beliau mungkin akan menjalani pembedahan.

23 May 2011. Saya telefon sahabat saya, bertanya keadaannya. Alhamdulillah beliua telah dibenarkan keluar. Sekali lagi beliau berterima kasih . Berkali-kali sehingga bergenang air mata saya. Dulu saya sangat menghargai beliau kerana menyokong bisnes saya dengan mengambil polisi yang saya cadangkan walaupun beliau belum faham sepenuhnya kepentingan polisi tersebut. Saya amat menghargainya. Kini dengan polisi tersebut saya mampu membantu beliau yang dalam kesakitan dengan memberi pilihan untuk mendapatkan bantuan perubatan pakar dan bil ditanggung oleh polisinya. Dan saya dihargai. Juga amat dihargai bilamana beliau meminta saya quote kan quotation untuk polisi satu keluarga pula. Alahamdulillah......:) rezeki saya.

Dalam dua minggu lagi saya akan hantarkan pula cek tuntutan hospitalnya yang bernilai RM1000. Alhamdulillah, whats matter is sahabat saya sihat dan gembira.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cinta Dalam Hati

Saat cinta itu hadir, Kau tidak sedari, Bila kau rasai, Kau tak ingin ia pergi, Bila ia mulai hilang seri, Kau tak mengerti, Bila ia mahu pergi, Baru kau hargai... Lumrah duniawi... Letakkan nilai pada cintamu, Cinta hadir tidak sendiri, Mesti sulami dengan keihkhlasan hati, Setia mengikat janji, Kejujuran melingkari kasih yang terpatri, Bukan mudah menjaga cinta, Tidak semudah waktu ia hadir, dan pergi...

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Emosi

Saya beremosi. Disebalik kentalnya saya di mata orang..saya sebenarnya lemah. Saya manusia biasa yang ada emosi. Saya adakalanya penat berlagak kuat. Namun saya perlu kelihatan kuat mengharungi semua ujianNya. Saya tidak punya ramai sahabat. Kebelakangan ini, ada insan -insan yang saya anggap sahabat mengkhianati saya. Perlukah saya masih tenang menghadapi pengkhianatan dan fitnah dari sahabat sendiri. Sesungguhnya saya hanya manusia. Saya sambut juga ujian ini dengan air mata. Saya kalah juga dengan emosi .Adakala orang yang tersayang terlalai mengingati kita kerana tanggungjawabnya diwaktu saya perlukan dia.. juga saya kalah dengan emosi.. Rapuhnya saya. Saya hanya mampu berdoa agar Allah melembutkan hati saya untuk memaafkan seikhlasnya dan melapangkan jiwa saya. Tapi hari ini saya ingin meladeni emosi saya sebagai seorang wanita. Untuk hari ini...