Langkau ke kandungan utama

Siapa diri ini?

Kita adalah hasil daripada pilihan kita” Stephen R. Covey

Satu frasa yang ringkas, namun cukup mendalam pengertiannya. Peluang menghadiri Program Signature 7 Tabiat Orang yang Amat Berkesan dan dipertemukan dengan beberapa insan yang pada pendapat saya berjaya mengubah kehidupan mereka benar-benar mengubah cara saya melihat dunia ini. Sebelum ini saya sering merasakan saya adalah mangsa pada orang itu, orang ini, sistem itu, sistem ini dan keadaan itu , keadaan ini. Rupanya, baru saya tersedar sebenarnya saya bukan mangsa kepada keadaan itu, tetapi adalah hasil dari pilihan yang saya buat dan tindakan yang saya ambil. Saya jua sedar bahawa saya mampu mengubah perspektif saya dan cara saya berfikir; sekurang-kurangnya; kerana kita tak mampu mengubah orang, mengubah keadaan dan sistem yang sedia ada. Dan itulah yang menjadi titik perubahan bagi insan-insan yang saya temui ini.

Minggu lepas saya bertemu dengan seorang konsultan unit trust, wanita awal 30 an. Berpeluang duduk dan bercerita dengan beliau, saya bertanya bagaimana dia menjadi dirinya sekarang. Katanya, dugaan besar yang melanda hidupnya membuatkan beliau memberanikan diri mengubah haluan hidupnya. Berpindah ke ibukota hanya berbekalkan semangat tanpa apa-apa sokongan material beliau tetap berjaya mengharunginya. Beliau pernah berdiri menunggu di depan pintu masuk kilang dan mengedarkan kad namanya untuk mencari pelanggan. Yang saya kagum adalah semangatnya, dan ketekunannya demi mencari nafkah untuk anak-anaknya kerana beliau merupakan ibu tunggal. Beliau tidak pernah mempersoalkan takdirnya malah membuat pilihan untuk melawan dan menukar paradigmanya terhadap kehidupan. Di situ saya dapat simpulkan, siapa dirinya sekarang adalah hasil daripada pilihannya untuk tidak menyerah kepada keadaan.

Pada minggu yang sama juga, saya telah bertemu seorang lagi wanita cekal. Juga telah melalui pelbagai dugaan besar dalam hidupnya. Saya kagum dengan caranya berfikir. Sangat ideal. Caranya meletakkan matlamat hidupnya dan caranya melihat dunia ini amat berbeza. Ia membuatkan saya tersentak betapa jauhnya beza saya dan dirinya. Saya bagaikan tersedar, betapa selama ini saya lebih suka mengalah daripada berjuang. Betapa saya sering meletakkan kesalahan pada bahu orang lain jika berlaku apa-apa dalam hidup saya. Betapa saya mudah jatuh ke bawah jika dugaan datang menghimpit saya. Dan betapa sempitnya pandangan saya terhadap dunia ini. Dan saya anggap ini sebagai hidayah Nya supaya saya menganjakkan pemikiran saya dan menguatkan jati diri serta emosi saya dalam mengharungi saat-saat paling sukar dalam hidup saya. Maha suci Allah…

Berbalik kepada frasa di atas, memang sangat benar. Tak perlu salahkan keadaan kerana apa yang kita ada sekarang adalah hasil daripada pilihan-pilihan dan keputusan yang kita buat di masa lalu. Dunia ini bagai roda, adakala di atas, adakala kita di bawah. Bukan keadaan yang bersalah, bukan orang lain juga yang mencorakkan hidup kita. Kita sendiri yang bertanggungjawab mennentukan apa yang ingin kita jadi dan apa yang ingin kita capai dalam hidup ini..

Wallahualam..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cinta Dalam Hati

Saat cinta itu hadir, Kau tidak sedari, Bila kau rasai, Kau tak ingin ia pergi, Bila ia mulai hilang seri, Kau tak mengerti, Bila ia mahu pergi, Baru kau hargai... Lumrah duniawi... Letakkan nilai pada cintamu, Cinta hadir tidak sendiri, Mesti sulami dengan keihkhlasan hati, Setia mengikat janji, Kejujuran melingkari kasih yang terpatri, Bukan mudah menjaga cinta, Tidak semudah waktu ia hadir, dan pergi...

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Emosi

Saya beremosi. Disebalik kentalnya saya di mata orang..saya sebenarnya lemah. Saya manusia biasa yang ada emosi. Saya adakalanya penat berlagak kuat. Namun saya perlu kelihatan kuat mengharungi semua ujianNya. Saya tidak punya ramai sahabat. Kebelakangan ini, ada insan -insan yang saya anggap sahabat mengkhianati saya. Perlukah saya masih tenang menghadapi pengkhianatan dan fitnah dari sahabat sendiri. Sesungguhnya saya hanya manusia. Saya sambut juga ujian ini dengan air mata. Saya kalah juga dengan emosi .Adakala orang yang tersayang terlalai mengingati kita kerana tanggungjawabnya diwaktu saya perlukan dia.. juga saya kalah dengan emosi.. Rapuhnya saya. Saya hanya mampu berdoa agar Allah melembutkan hati saya untuk memaafkan seikhlasnya dan melapangkan jiwa saya. Tapi hari ini saya ingin meladeni emosi saya sebagai seorang wanita. Untuk hari ini...