Langkau ke kandungan utama

anak kita, harta kita

Have you ever heard bout this disease?

Anal Atresia
Infantile Hydrocephalus
Congenital Diaphragmatic Hernia
Atrial Septal Defect
Tetralogy of Fallot

Sekadar menyebut beberapa jenis penyakit.. Nama yang pelik-pelik. Namun hari ini, inilah yang seringkali terpampang di dada-dada akhbar. Derita anak, menanggung sakit; derita bapa, bergolok gadai mencari wang. Sebenarnya nama-nama di atas adalah penyakit konginetal yang seringkali terjadi kepada bayi yang baru lahir. Ketentuan Tuhan siapa yang tahu. Bila telah terjadi, sebagai bapa dan ibu, pasti sanggup buat apa saja untuk memastikan yang terbaik untuk anak.
Persoalannya, cukupkah?

Sekadar berkongsi; andai belum tahu; di pasaran sekarang telah ada satu pelan yang boleh meringankan beban sekiranya perkara ini berlaku. Benar, ia memerlukan sedikit wang dan usaha. Tapi andai di ukur dari sudut nilai, mungkin inilah yang terbaik. Sekurang-kurangnya, kita tidak perlu meminta-minta. Dan yang paling penting kita telah sediakan payung sebelum hujan! The beauty of this plan is, the coverage is begin when the baby is 18 weeks in your womb!
Bukan kita meminta perkara buruk berlaku, sekadar persediaan dan tanda kasih. Tanyalah mana-mana ibu (kecuali ibu yang sanggup membuang bayinya!), kasih ibu telah bermula seawal kejadiannya di dalam rahim lagi...kebenaran yang tidak boleh disangkal.

Tentang Pru My Child



Selanjutnya mengenai pelan ini, akan saya kupas dalam catatan saya akan datang. atau boleh emel saya!

Love ur Children..
zara

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cinta Dalam Hati

Saat cinta itu hadir, Kau tidak sedari, Bila kau rasai, Kau tak ingin ia pergi, Bila ia mulai hilang seri, Kau tak mengerti, Bila ia mahu pergi, Baru kau hargai... Lumrah duniawi... Letakkan nilai pada cintamu, Cinta hadir tidak sendiri, Mesti sulami dengan keihkhlasan hati, Setia mengikat janji, Kejujuran melingkari kasih yang terpatri, Bukan mudah menjaga cinta, Tidak semudah waktu ia hadir, dan pergi...

Perspektif dan Solusi

Meluangkan waktu berdua dengan satu-satunya anak daraku adalah waktu emas bagi kami. Di balik stereng, ditemani pemandangan hijau Kuala Klawang - suasana yang sempurna untuk kami saling bertukar pandangan. Gadis 16 tahun ini sangat gemar berbual topik berat. Small talk  jarang menarik minatnya.  Suatu petang ketika perjalanan balik dari Mahallah ke rumah kami, dia meluahkan tentang kesukarannya untuk bekerja dalam kumpulan. Dia rasa down , tak suka dengan konflik rakan sebaya yang masing-masing nak menang. Dan rasa tersisih juga. Sukar nak menempatkan diri. Oh ya, sedikit latar belakang - si anakku ini berasal dari kampung, bersekolah rendah aliran kebangsaan luar bandar dan kini bersekolah aliran Cambridge bersama rakan-rakan yang dibesarkan di bandar. Keadaan itu sendiri menjadi faktor. Aku sering memotivasikan dia agar melihat keadaan itu dari pelbagai perspektif.  Aku: S kena bangga tau, kamu dari sekolah tadika Kemas, sekolah kampung tapi Allah bagi peluang kamu seko...

Emosi

Saya beremosi. Disebalik kentalnya saya di mata orang..saya sebenarnya lemah. Saya manusia biasa yang ada emosi. Saya adakalanya penat berlagak kuat. Namun saya perlu kelihatan kuat mengharungi semua ujianNya. Saya tidak punya ramai sahabat. Kebelakangan ini, ada insan -insan yang saya anggap sahabat mengkhianati saya. Perlukah saya masih tenang menghadapi pengkhianatan dan fitnah dari sahabat sendiri. Sesungguhnya saya hanya manusia. Saya sambut juga ujian ini dengan air mata. Saya kalah juga dengan emosi .Adakala orang yang tersayang terlalai mengingati kita kerana tanggungjawabnya diwaktu saya perlukan dia.. juga saya kalah dengan emosi.. Rapuhnya saya. Saya hanya mampu berdoa agar Allah melembutkan hati saya untuk memaafkan seikhlasnya dan melapangkan jiwa saya. Tapi hari ini saya ingin meladeni emosi saya sebagai seorang wanita. Untuk hari ini...