Selasa, 8 Julai 2014

Ayat Tuhan

Surah Al-Baqara, Verse 214:
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).


via iQuran



Sent from Samsung Mobile

Isnin, 7 Julai 2014

Rasa

Ada ketika
Saya ingin menjadi a plain ordinary woman.
Yang punya seseorang menjaga.
Yang melakukan semua yang sukar2 untuk saya.
Yang berfikir those hard thing untuk saya.
Yang boleh hantar saya ke mana saya nak pergi.
Yang boleh bekerja untuk saya

Tetapi, banyak ketika..
Saya senang menjadi diri saya.
Saya boleh melakukan semua.
Tuhan cipta saya cukup teguh untuk menggalas dua tugas.
Saya mama.. so i m strong enough untuk mengharungi hidup sementara ini.
Syukur atas kurniaNya...

Ahad, 6 Julai 2014

Perjalanan mencari diri. Pt 3

Merasa nikmat "faham" yang di anugerahkan Allah adalah tidak ternilai. Namun bagi saya itu bukan penghujung jalan saya dalam mencari diri. Bahkan satu permulaan baru kepada satu dunia baru. Saya terasa bagai dihidupkan semula. Mati sebelum mati.
Allah berfirman (maaf ayat dan surah saya dah lupa) , maksudnya janganlah kita mengaku beriman selagi tidak diuji.
Tuhan yang Maha Kaya. Dia uji.. ujian demi ujian. Yang saya mendalami maksudnya supaya terus memahami di sebalik ujian itu saya akan temui setiap jawapan yang saya damba. Supaya saya hanya meminta dan bergantung hanya kepada Tuhan saya. Bukan makhlukNya yang sama fana dengan saya. 
Maka usai setiap ujian...malah fasa ketika ujian...saya mampu melihat jelas dan nyata mengapa saya diuji. Maha Suci Ya Khaliq...
Dia memberi saya rasa nikmat sabar dan nikmat diuji. Dia memberi saya rasa nikmat airmata taubat. Lantas air mata hanya tumpah kerana rindukan nikmatNya itu. 
Saya hanya hambaNya yang sangat lemah. Yang masih jauh perjalanan dalam mencari ilmuNya. Yang masih banyak dosa. Yang masih berusaha. Terima kasih YaTuhan... kerana utuskan pelbagai pertolongan melalui pelbagai bentuk. Itu rahmat yang tak ternilai. 


Sent from Samsung Mobile

Sabtu, 5 Julai 2014

Ayat Tuhan

Surah Al-Baqara, Verse 177:
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.
(Melayu)

via iQuran



Sent from Samsung Mobile