Selasa, 24 Jun 2014

Jaga dia untukku





Mahu ku bersama
Mahuku kesana diri ku tetap disini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku
Tenanglah duhai Jiwa, tebarkan tulus doa
Ku kepadanya, saat ku tiada
Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian
Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia
Terbangkan diriku,
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar
Tenanglah duhai Jiwa, tebarlah tulus doa
Ku kepada padanya, saat ku tiada
Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian
Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia
Mungkinkan ini memulakan kita
Lambang cinta
Ku dan dia
Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian
Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Selasa, 17 Jun 2014

Cerita ketam cina ketam melayu

Semalam berbual dengan seorang ketua cawangan sebuah pejabat di bandar saya. Kami berbual panjang mengenai sikap sesetengah orang yang suka melihat orang lain susah. Kata beliau menolong orang lain bukan hanya dengan memberi wang. Tapi memudahkan urusan orang lain juga merupakan satu bantuan. Namun ramai yang tak nampak.

Lalu katanya dia teringat satu kisah ketam yang sinonim dengan masyarakat kita. Ketam cina ketam melayu. Katanya kalau ketam cina lihat rakannya dlam kepayahan menaiki tangga, ia akan berusaha menolak rakannya ke atas. Kalau ketam melayu, lihat rakan susah payah mendaki tangga ia akan menariknya supaya jatuh.

Ini realiti. Lihat keliling kita. Malah saya sendiri mengalaminya. Namun bukan semua punya mentaliti lanun seperti ini. Andai yang berpegang teguh agama yang dianuti pasti tiada sikap kejam begini. Agama manapun di dunia ini menggalakkan sikap bantu membantu. Bukan menjatuhkan dan memutuskan silaturrahim serta menganiaya orang lain. 


Sent from Samsung Mobile

Ahad, 15 Jun 2014

Abah


Abah. Saya tau dialah yang paling memahami walau tanpa kata. Di waktu sukar dialah yang pertama. Walau tiada kata tapi saya merasa setiap masa hangat kasih sayangnya. Kasih abah memang  sepanjang masa. Saya cuma mahu dia sejahtera sentiasa dan dikasihiNya sepertimana dia mengasihi saya semasa kecil... 
Sent from Samsung Mobile

Mati - Pt 1

"Ya Allah matikan daku dalam keadaan penghujung penuh kebaikan dan janganlah matikan kamai dengan keadaan penghujung yang buruk"

Menusuk maksud doa yang dibaca Al-Fadhil Ustaz Dato' abu Hassan Din Al-Hafiz di tengah hening malam pada ceramah umum yang aku hadiri. Menurut Al-Fadhil Ustaz, cara kematian kita adalah berdasarkan cara kehidupan kita. Jika hidup dipenuhi perkara baik dan mengejar redha Allah, maka baik jugalah kematian kita (InsyaAllah). Jika cara kematian baik, maka begitu jugalah kehidupan kita selepas mati nanti. Bayangkan jika kematian cara buruk yang kita dapat, kerana kehidupan yang bergelumang dosa, maka hidup selepas mati kita akan berterusan buruk hingga ke akhirnya. MasyaAllah. Tidak dapat membayangkan hidup abadi nanti dipenuhi dengan keiksaan selama-lamanya...

Daripada Tsauban r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka” Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab “Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih pada masa banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. Seorang sahabat bertanya “Apakah ‘wahan’ itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Cinta dunia dan takut mati” (HR Abu Daud)

Apakah kematian yang baik itu (husnul khatimah)
1. Mati semasa melakukan perkara yang baik
2. Mati dalam keadaan sejahtera fizikal (sempurna tubuh badan)
3.  Mati di tempat yang baik
4.  Mati pada waktu dan hari yang baik
5.  Mati dengan kalimah Laihaillah (kalimah terakhir)


Sabtu, 14 Jun 2014

Hak yang dirampas


Hadith Rasulullah SAW tentang penganiayaan dan hak yang dirampas.

 " Sesungguhnya darahmu, hartamu dan maruahmu di antara sesama mu adalah haram (dicerobohi ) sebagaimana haramnya hari kamu ini dalam bulan kamu ini " ( Riwayat Al-Bukhari, no 67 & 185; Muslim, no 1679 )
Hasil daripada hadith ini, para ulama Islam telah mengistinbadkan bahawa :-
a) Penjagaan agama seseorang : Wajib, kesannya sekiranya sesorang mengajak muslim keluar dari agamanya, maka si Muslim wajib mempertahankannya kecuali sampai ke tahap amat terdesak sehingga boleh menggugat nyawa. Itupun hanya dengan pengakuan lidah tanpa disertai hati.
b) Penjagaan Nyawa : Wajib bagi setiap umat Islam mempertahankan nyawa dan ia menurut mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie (Hashiyah Ibn ‘Abidin, 5/481 ; Tuhfatul Muhtaj, 4/124 ; Mawahib al-Jalil, 6/ 323) bagaimanapun hanya HARUS menurut mazhab Hanbali ( Al-Mughni, 10/350 ). Hukum bunuh diri adalah haram menurut nas yang sabit, manakala hukum mempertahankan diri dari di bunuh sesorang juga wajib menurut pandangan yang lebih kuat. Justeru, tidak dibenarkan untuk membiarkan diri di bunuh tanpa melawan.
c) Penjagaan Maruah : Wajib bagi mempertahankan maruah menurut sepakat seluruh ulama. Maka wanita yang cuba dirogol atau di cabul wajib mempertahankan maruahnya sedaya upaya, malah jika ia terpaksa membunuh si pencabul tadi , maka dalam Islam hukumnya tetap wajib jika tidak ia dikira berdosa kerana membiarkan dirinya di rogol. (At-Tasyri' al-Jina'ie al-Islamiy , Abd Qadir Awdah, 1/474)

d) Penjagaan harta : Kewajiban mempertahankan harta diperselisihkan oleh para ulama. Setengahnya mengatakan wajib manakala majoritinya mengatakan ia hanya harus (At-Tasyri' al-Jinaie al-Islamiy, 1/475), kerana si pemilik harta boleh mensedeqahkan hartanya yang diambil tanpa hak.
 " Tiada berkurang harta dengan sedeqah, tiada tidaklah Allah menambahkan bagi seseorang yang memberi ampun (kepada perampas haknya) kecuali ketinggian (maqam)..(Riwayat Muslim dan At-Tirmidzi ;Al-Muntaqa Min Kitab At-Targhib wa At-Tarhib, no 1462, 2/670)

Rujukan : Ust Zaharuddin

Jumaat, 13 Jun 2014

Di mana kita hari ini...

Catatan seorang hamba Allah di laman web Ust Ridhuan Tee

Assalamualaikum Saudara Ridhuan Tee
Saya terbaca dakwaan Ana Muslim bahawa Orang Islam Menyumbang Dana Untuk Tokong, Kuil dan Gereja. Pada awalnya saya anggap ia satu dakwaan yang sangat keterlaluan. Kalau dia berkata orang islam yang sudah murtad berbuat seperti itu, maka saya tidak anggap ianya perkara yang pelik. Fikir punya fikir akhirnya saya teringat kisah yang saya alami sendiri. Maka dalam hati kecil pun berkata ‘agaknya inilah yang Ana Muslim maksudkan’. 
Ini kisah saya. Saya adalah pemilik sebuah mini market disebuah taman perumahan yang komposisi penduduknya sekitar 95% melayu/islam dan 5% bukan melayu/bukan islam. Selain mini market saya ada juga kedai runcit orang cina dan orang india ditaman itu. Walaupun melayu 95% tetapi cuma sekitar 30% sahaja yang menjadi pelanggan tetap saya, yang selebihnya berlanggan dengan kedai runcit cina dan india disitu. Tak kisah lah, rezeki Allah yang tentukan.
Satu hari selepas solat jamaah isyak seorang ustaz yang juga pengerusi dan imam surau meluahkan kelohan ketika kami berborak dalam surau, katanya kerja-kerja projek pembesaran surau taman kami terpaksa dihentikan sementara kerana kekurangan dana. Beliau terkilan kerana Ramadan tahun ini penduduk taman perumahan terpaksa bersesak-sesak untuk solat tarawikh. Saya tanya ustaz itu, berapa lagi kosnya. Ustaz jawab tak lah banyak dalam RM5 ribu saja. Saya termenung seketika, dalam hati berkata, ‘aku bersolat disurau ini dah dekat 10 tahun, selama ini aku hanya masukkan duit dalam tabung surau diantara 5-10 ringgit tiap kali aku datang bersolat jamaah, kenapa tidak aku sedekahkah sedikit bahagian daripada keuntungan mini market aku ke jalan agama ku’. Lalu saya jawab kepada ustaz itu, tak apa lah ustaz biar saya yang tanggung. Ceria sungguh wajah ustaz itu, terima kasih Cik Man, terima kasih Cik Man berulang kali diucapkannya.
Saya hendak beritahu disini, duit RM5 ribu yang hendak saya sedekah kepada surau itu bukan duit dari kantong saya tapi ianya datang daripada kantong orang melayu islam yang berbelanja barangan keperluan rumah tiap hari dimini market saya. Bukan tak ada orang bukan islam masuk ke mini market saya, tetapi boleh dibilang dengan jari kerana mereka sebenarnya tersesat masuk.
Lalu saya teringat taukey kedai runcit cina dan india yang menjadi saingan kepada mini market saya. Perniagaan mereka hidup kerana sokongan pelanggan-pelanggan orang melayu/islam, mereka buat untung duit dari kantong orang melayu/islam. Saya yakin mereka juga seperti saya, kalau tokong atau kuil tak cukup dana, mereka tentu tidak lokek untuk menderma sekadar yang mereka mampu. Adat orang berniaga, buat kebajikan kepada agama masing-masing dengan harapan tuhan akan lipat gandakan lagi keuntungan.
Sekarang baru saya betul-betul nampak mesej yang hendak disampaikan oleh Ana Muslim kepada kita orang melayu/islam. Ana Muslim tidak silap bila dia berkata Orang Islam Menyumbang Dana Untuk Tokong, Kuil dan Gereja. Kita sepatutnya terima kasih kepada Ana Muslim kerana dia cuba nak sedarkan kita orang melayu/islam. Terpulanglah. Tepok dada dan tanya iman masing-masing ‘hendak tolong surau dan masjid ATAU hendak tolong tokong, kuil dan gereja’.
Abdul Rohman

Hadith tentang akhir zaman

Punca Kebinasaan Seseorang
Dari Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan datang suatu zaman di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali apabila dia lari membawanya dari puncak bukit ke puncak bukit yang lain, dan dari suatu gua ke gua yang lain. Maka apabila zaman itu telah tiba, segala sumber pendapatan tidak dapat diperoleh kecuali dengan melaksanakan sesuatu yang menyebabkan kemurkaan Allah SWT. Apabila ini telah terjadi, maka kebinasaan seseorang adalah disebabkan memenuhi kehendak isteri dan anak-anaknya. Kalau dia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya disebabkan memenuhi kehendak kedua ibu bapanya. Dan jikalau ibu bapanya sudah tidak ada lagi, maka kebinasaannya disebabkan mengikuti kehendak keluarganya atau disebabkan mengikuti kehendak jiran tetangganya” Sahabat bertanya “Wahai Rasulullah SAW, apakah maksud perkataan engkau itu?” Nabi SAW menjawab “Mereka akan menghinanya dengan kesempitan hidupnya. Maka ketika itu sesungguhnya dia telah menceburkan dirinya ke jurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya” (HR Baihaqi)

Khamis, 12 Jun 2014

Perjalanan mengenal diri -Pt 2

Aku mencari-cari di mana letak diri ku. Banyak persoalan. Bertahun-tahun aku mencari jawapan. Jawapan apa aku sendir tak pasti. Satu pagi di bumi suci ini, takdir menemukan aku dengan seorang hamba Allah. Yang tidak kukenal. Yang tidak mengenaliku. AturanNya menemukan aku dan dia pada satu titik.

Katanya " Luasnya rahmah Allah, jangan putus asa ya,"

Ayat itu berulang-ulang di minda. Bagaikan sebuah jawapan kepada setiap persoalan yang aku sendiri tak pasti apa. Jawapan yang menghilangkan gusar serta merta. Dekatnya Dia, di mana-mana ada Dia.Aku tak perlu mencari lagi. setiap jawapan ada pada Dia Ya Khaliq.

Etika


Saya duduk melabuhkan punggung di atas kerusi di kafeteria sebuah hospital. Di meja itu turut ada seorang lelaki pertengahan umur dan anaknya. Saya lemparkan senyuman. Balas. Kemudia datang sepasang suami isteri warga emas berbangsa Cina.
"Ada orang di sini?" tanya wanita Cina tersebut kepada lelaki di hujung meja. Lelaki itu menggeleng sambil senyum. Saya turut senyum kepada pasangan itu. Kawan saya pula tiba mengambil tempat di sebelah saya sambil membawa minuman. Kami berbual kosong.

"Auntie, makan.." tegur teman saya. Wanita warga emas itu membalas. Kami berbasa basi sesama kami. Sekadar bertanya itu ini. Saya bertanya wanita itu tujuannya ke hospital. "Tengok doktor. Uncle tak sihat"

Kami berbual lagi.

"Itu doktor cakap sama uncle, kalau saya jadi uncle saya taka nak cuci dah, biar mati saje (merujuk kepada lelaki warga emas itu yang mengalami masalah buah pinggang dan perlu menjalani dialisis)" kata wanita Cina tersebut

Saya tersentak. Di mana etika seorang doktor? Doktor itu berbangsa Melayu dan beragama Islam. Di mana dia letak agamanya semasa menuturkan ayat tersebut kepada warga tua itu. Tiada hormat. Kata wanita itu, dia akan bertemu pihak pengurusan hospital untuk membuat aduan. Bukan tentang itu sahaja. Juga tentang rawatan dialisis pakcik tersebut, di mana mereka telah di hantar ke Triang atau Cheras untuk menjalani dialisis. Di manakah kemanusiaan orang yang mengatur itu? Mereka berdua terlalu uzur untuk memandu jauh. ( Pakcik tersebut memandu sendiri dalam keadaan uzur sebegitu dari rumah ke hospital!)

Kemanusian. Adakah telah sedikit demi sedikit lenyap?


Rabu, 11 Jun 2014

Perjalanan mengenal diri - Pt 1

Wajah tua itu tak lekang dengan senyuman. Ikhlas..terpancar di wajahnya yang polos dan naif. Aku tertanya apalah perasaan dia di dalam. Namuh bagaikan apa yang terpancar di wajah itulah jua di dalam. Jelas kelihatan di wajah tua nya keletihan yang amat sangat. Aku mengira masa... Dari jam 2,00 pagi dia pergi. Sekarang sudah jam 9.00. Tak mampu membayangkan keadaan dia yang sesat di dalam Masjidil Haram mencari-cari jalan ke hotel penginapan kami.

Masih tersenyum... Maha Suci Tuhan. Kami semua bersyukur melihat wajah tuanya muncul pagi itu. Dari jam 2 dia pergi bertawaf sunat dengan suaminya. Dan mereka terpisah seusai tawaf. Dia berjalan menelusuri masjid hingga ke pintu yang dia sendiri tak kenal. Entah pintu mana. Sedangkan selalunya aku atau jemaah lain yang membawanya setiap kali ke masjid. Aku sangat tahu dia tidak mengenali jalan ke hotel. Syukur Allah menunjukkan jalan pulang. Rahmat Allah....

Pelajaran buat aku... Redha nya wanita tua itu. Dia tidak menyalahkan sesiapa. Masih senyum walau dalam musibah. Ya Allah besar pelajaranMu pagi ini di bumi suciMu. RahmatMu  luas... dan tidakkan ku berputus asa dr rahmatMu. Semoga aku dapat menjaga ibuku sebaiknya dan janganlah mak merasai pengalaman seperti itu..

Ahad, 8 Jun 2014

Sunnatullah

Seringkali bila kita ditimpa musibah dan ujian.. kita bertanya , kenapa aku?
Percayalah, kita diuji kerana kita insan terpilih. Betapa istimewanya kita dipilih dr sekian ramai hambaNya untuk menerima ujian tersebut. Betapa Maha Kasihnya Dia. Dia memberi jawapan-jawapan dalam setiap ujian yang di beri. Ada sebab dan hikmah. 
Wajarlah kita mengucap syukur dan hadapi dengan tenang. Kalau kita menghadapi kehilangan yakinlah yang hilang tu mungkin bukan yang baik untuk kita. Dia mungkin telah sediakan yang lebih baik. Kerana Dia yang Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu.
Tetapkan iman... yakinlah Dia sentiasa ada dengan kita. 
Allah adalah sebaik- baik perancang. 


Sent from Samsung Mobile