Jumaat, 30 Mei 2014

Luasnya Rahmat Allah..


....jangan pernah putus asa dengan Rahmat Nya

Setebal mana nafsu tamak menguasai
Setinggi mana pangkat kamu di julang di dunia ini
Sebanyak mana harta dan kekayaan yang kau kumpulkan
Sekuasa mana kamu merasa
Sebanyak mana milikku yang kau rampas

Aku percaya hanya Dia sebaik-baik Penolong
Tidakkan sekali ku putus harap dengan RahmatNya
Secuit tidak ku gentar
Kerana aku tiada apa di dunia fana ini
Seluruh dunia milik Dia


Sabtu, 24 Mei 2014

Ayat Tuhan

Surah Al-Hujraat, Verse 9:
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
(Melayu)

via iQuran



Sent from Samsung Mobile

Selasa, 20 Mei 2014

Mentari muncul lagi

Sesungguhnya Tuhan tidak akan membebankan hambaNya dengan ujian yang dia tak mampu.
Mendung akan berarak pergi. Dan mentari akan muncul semula.


Syukur ... mentari saya telah muncul. Malah datang bersama pelangi indah. Dia menimpakan ujian tetapi juga memberikan rahmat yang tidak terhingga dalam waktu yang sama. Saya berpendapat kita hanya perlu membuka pintu hati untuk menerima ujian dengan hati yang terbuka.. sentiasa bersyukur walau galau menyelubungi hati. Yakin dan percaya semua yang berlaku ada sebab. Mungkin kita telah lama lalai. Jahil di dalam tahu. Mengambil mudah perkara yang mudah. Maka Dia datang mengingatkan kita kembali. 

Mentari saya telah muncul. Satu kurnia yang tidak disangka. Kurnia hingga ke syurga. 

Sent from Samsung Mobile

Isnin, 19 Mei 2014

Unik



Indahnya ciptaan Tuhan..Unik dan berbeza. Dari fizikal hingga ke rohani..semuanya tak sama. Maha Suci Tuhan. Namun di sebalik perbezaan itu ada satu persamaan yang nyata di sini. Mereka menyembah Tuhan yang satu.

Melihat kesungguhan dan keazaman demi memberi yang terbaik untuk Tuhan. Dari yang sihat..hinggalah yg bertongkat. Ada yang mengendong anak kecil malah yang mengesot. Semuanya datang dengan satu tujuan walaupun berbeza. Bersatu itu teguh..



Sent from Samsung Mobile

Sabtu, 3 Mei 2014

Melepaskan Kau Pergi


Sungguh..hati ini berat
Kau aku tatang seperti minyak yang penuh
Kau aku sayang dengan sepenuh jiwaku
Usaha dan harapan aku telah letakkan terhadapmu
Bukan sedikit peluh dan darah yang tumpah demimu
Tapi...takdirnya kau bukan milikku selamanya
Sampai masa Allah telah menentukan aku terpaksa melepaskan kau pergi

Namun.. 
Ada terkilan di hati
Ada rawan melukai
Kau di ambil tanpa rela
Kau dirampas dengan paksa
Bagai merentap segala usaha

Aku lepaskan kau pergi...
Ku yakin Dia telah sediakan pengganti
RahmatNya telah menanti
Asalkan redha tegih di hati

Aku lepaskan kau pergi....


Sent from Samsung Mobile

Sifir Kartun



Best tak? Best kan. Kalau berminat jom lawati blogshop theneumedia.blogspot.com atau FB Neu Media.

Perjalanan itu

Perjalanan itu sangat panjang
Banyak liku, banyak duri, banyak juga yang menghalang
Biar sampan saya dicuri
Biar hanya talinya yang tinggal
Biar hanya saya seorang di situ
Mengalah tidak akan sekali
Saya akan terus berjuang hingga ke hujung jalan
Saya ada Tuhan saya yang Maha Mendengar dan Maha Pengasih
Saya percaya setiap yang berlaku tidak lain kerana Dia sayangkan saya
Saya yakin setiap perancanganNya adalah yang terbaik
Dia juga telah titipkan sahabat-sahabat baru
Sebagai pengganti
Saya akan tiba di hujung perjalanan itu...


Sent from Samsung Mobile

Jumaat, 2 Mei 2014

Emosi

Saya beremosi. Disebalik kentalnya saya di mata orang..saya sebenarnya lemah. Saya manusia biasa yang ada emosi. Saya adakalanya penat berlagak kuat. Namun saya perlu kelihatan kuat mengharungi semua ujianNya.

Saya tidak punya ramai sahabat. Kebelakangan ini, ada insan -insan yang saya anggap sahabat mengkhianati saya. Perlukah saya masih tenang menghadapi pengkhianatan dan fitnah dari sahabat sendiri. Sesungguhnya saya hanya manusia. Saya sambut juga ujian ini dengan air mata. Saya kalah juga dengan emosi .Adakala orang yang tersayang terlalai mengingati kita kerana tanggungjawabnya diwaktu saya perlukan dia.. juga saya kalah dengan emosi.. Rapuhnya saya.

Saya hanya mampu berdoa agar Allah melembutkan hati saya untuk memaafkan seikhlasnya dan melapangkan jiwa saya. Tapi hari ini saya ingin meladeni emosi saya sebagai seorang wanita. Untuk hari ini...

Khamis, 1 Mei 2014

Aurat Wanita: Nak Seksi Untuk Siapa?

Petikan artikel Dr Zaharuddin yang menarik:
Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin." Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?""Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya."Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji." Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini."Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya." Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi."Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya""Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan."Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar""Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.

Artikel penuh di sini. 

Tenang






Sent from Samsung tablet

Memaafkan.. Ikhlaskah?

Menyakiti dan disakiti .. itu lumrah. Kita manusia biasa yang dilahirkan dengan akal dan nafsu. 
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Tidak akan berkurangan harta dengan bersedekah, tidak akan bertambah ke atas seseorang hamba dengan sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk merendah seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.” (Riwayat Muslim no. 2588)
Namun persoalannya, ikhlaskah kita memaafkan. Apakah yang terlahir dari bibir itu datangnya dari hati? Persoalan ikhlas hanya kita dan Dia yang tahu. Berdoalah agar Allah melapangkan dada untuk memberi kemaafan yang sebenar dan semoga hadir ketenangan dalam jiwa insan pemaaf. 

Di antara faedah sifat pemaaf ialah:
1. Menunjukkan satu ciri akhlak yang mulia.
2. Dalil kepada kesempurnaan iman dan Islam yang baik.
3. Tanda kepada orang yang berlapang dada dan berbaik sangka.
4. Hasil daripada cintakan sesama manusia.
5. Selamat dari fitnah dan terpelihara daripada tergelincir.
6. Menunjukkan kepada kesempurnaan dan kemuliaan jiwa.
7. Sebagai satu persediaan sebuah masyarakat kepada suasana yang baik dan kehidupan yang lebih afdhal.
8. Sebagai satu jalan cahaya dan hidayah kepada orang bukan Islam.
9. Mendapat kebaikan dunia dan akhirat kerana manusia suka kepada orang yang tenang dan suka memberi kemaafan.
(Dipetik dari artikal: Dr. Abdul Basit Abd Rahman, Mimbar Utama, Majalah I, Februari 2012)
Semoga bermanfaat. Salam 1 Rejab