Isnin, 29 Oktober 2012

TIPS perut kempis bagi yang malas bersenam

Ok, first posting untuk new-look blog Cik Bunga. Untuk posts yang lepas, boleh chek out kat sini.

Bunyinya macam mudah je kan. Tak perlu penat-penat, then korang akan dapat flat tummy? Eh betul ke? Hmm.. ini sekadar tips yang anda boleh amalkan, dan jadikan sebagai habit.  Sebenarnya amalan ni sebagai tambahan kepada  diet seimbang dan senaman yang korang dah buat. Mana tau  boleh dapat figure macam Rozita Che Wan pas ni. =D

Gambar: Google
1. Jaga postur badan. Kata Kim Lyons (Biggest Loser;s Trainer) - 'Straighten up!'. Bila kita tegakkan badan , ketika berdiri, duduk dan berjalan, secara automatik oto perut kita akan tegang, dan tertarik. Dan sebenarnya memang badan kita akan nampak lebih cantik dan berkeyakinan bila kita jaga postur badan kita. 

2. Minum Banyak Air. -Dehidrasi menyebabkan badan kita menyimpan banyak air. Kata Kim lagi, keadaan ni boleh menyebabkan tubuh mengumpul lemak di kawasan tengah...perut la tu.. huhu

3. Sila ke tandas! Jangan tahan-tahan ye. Tu kan salah satu cara badan kita membuang toksin!

4. Kunyah makanan anda. Sunnah Nabi SAW kunyah makanan 40 kali. Back to basic , ok? Sebab bila kita kunyah makanan kita betul-betul seperti yang diamalkan oleh Nabi kita, sebenarnya kita dah kurangkan beban perut untuk menghadamkan makanan tadi. Jadi sistem pencernaan kita akan lebih efisien. Ingat, salah satu sebab perut buncit adalah kerana sistem pengahdaman yang kurang cekap. 

5.Ambil probiotic. Macamm yogurt drink, susu kultur dll yang mengandungi probiotik. Probiotik ni akan membantu pencernaan kita.

6. Banyakkan berjalan. Parkingla jauh-jauh sikit. Jangan guna lif. Kalau rumah kat tingkat 11, naikla lif sampai tingkat 8 je, then naik tangga, Berjalan pun sebnarnya satu cara efektif nak kurangkan saiz pinggang tau.

7. Stop kunyah chewing gum. Firstly sebab chewing gum ada gula. Then secondly, mengunyah chewing  gum menyebabkan kita telan banyak udara. Kembung weh!

8. Ambil Supplement. Rujuklah kepada farmasi anda untuk supplement yang sesuai. B complex dan Calcium D-Glucarate antara supplemen yang dicadangkan. Tapi, sila minta nasihat farmasi, ok? 

9. Relax. Jangan tension-tension ye! Bila kita dalam tekanan, badan akan mengeluarkan lebih steroids dan hormon stress yang akan jejaskan sistem penghadaman kita. Juga badan kita akan tingkatkan pengeluaran kortisol yang akan menggalakkan pengumpulan lemak kat bahagian tengah badan . Tujuannya untuk lindungi organ-organ penting kita. So relax babe!

Saya dapat tips ni kat sini.