Ahad, 22 Julai 2012

Tentang Kami | Suka Duka SUKMA XV Pahang 2012 Pt I: @sazlindaibrahim

SUKMA XV Pahang telah melabuhkan tirai 16 Julai lalu dengan menyaksikan Pahang telah meunaskan tugas sebagai tuan rumah dengan cemerlang. Walaupun kejuaraan bukan milik tuan rumah, rata-rata tetap berpuas hati kerana kita telah pun melepasi sasaran awal pingat emas. Dan Terengganu melakar satu lagi kejayaan  yang amat membanggakan. Bagi saya yang bertugas di Temerloh bagi acara berbasikal, memang saban hari pasti mendengar lagu negeri Terengganu berkumandang, menandakan mereka sangat komited mengumpul emas.

Pastinya penglibatan sulung saya dalam sukan berprestij Malaysia ini meninggalkan sekian banyak suka duka yang pasti saya akan kenang sampai bila-bila. Sebagai petugas media, saya sangat teruja kerana menjadi saksi mata yang paling utama dan memiliki akses yang tidak terhad. Keterujaan saya juga pastinya kerana berpeluang bergaul dan bekerjasama dengan wartawan dan jurufoto serta jurukamera professional dari pelbagai media.

Penulis bersama rakan-rakan media di Bera. Berbincang sambil menanti ketibaan peserta berbasikal melalui Bandar Bera

Selain petugas media, kami juga saling berhubung dengan para petugas dan sukarelawan SUKMA. Mereka  bertanggungjawab memastikan keperluan kami disediakan, seperti kenderaaan dan makanan. Oleh itu, mereka juga menjadi sebahagian daripada pasukan kami. 

Bersama wartawan NSTP


Keletihan . Orang kuat pusat media 

........bersambung part II
Gambar oleh: Sazlinda Ibrahim, Siti Zaharah





Sabtu, 21 Julai 2012

Bicara dalam gambar | Program Intergrasi PLKN Pt I

Coretan ini telah kesekian kali tertangguh. Maafkan cikgu ye! Program Intergrasi PLKN memang meninggalkan 1001 kenangan yang banyak mengajar cikgu tentang erti kehidupan. Cikgu melihat harapan dan kekecewaan di mata kamu. Cikgu melihat potensi dan halangan dalam diri kamu.Namun masa yang dipinjamkan untuk bersama kamu terlalu singkat. Walaupun begitu tetap berbekas di hati cikgu. Harapan cikgu, kamu pun begitu..




Tukang menghabiskan tape cikgu






Bertungkus lumus menyiapkan pokok intergrasi

Gadis-gadis I01





Pokok Intergrasi kita


Cikgu terharu,...




Ahad, 15 Julai 2012

@SukanMsiaXVPhg: Corat-coret SUKMA XV Pahang di Temerloh | Bicara dalam gambar Part V #mgamesxv

Lagi gambar bercerita...sekitar acara BMX di Sri Tualang, Temerloh. Pahang memungut emas menerusi Mohammad Aim bin Mohd Fauzi











Gambar: Khirrul Nirwan

@SukanMsiaXVPhg: Corat-coret SUKMA XV Pahang di Temerloh | Bicara dalam gambar Part IV #mgamesxv

Yang menarik sekitar SUKMA XV Pahang bagi acara di Temerloh. Bicara dalam gambar...

Lawatan YB Dato' Mohd Sharkar Shamsudin ke bilik mediaTemerloh



Gelagat para pesilat. Apa yang membanggakan, Pahang merangkul 10 emas bagi acara silat setakat ini.













Gambar: Khirrul Nirwan, Sazlinda Ibrahim dan Siti Zaharah

@SukanMsiaXVPhg: Corat-coret SUKMA XV Pahang di Temerloh | Bicara dalam gambar Part III #mgamesxv

11 Julai 2012- Acara 157km Lebuhraya Lepas Beramai-ramai Lelaki Akhir berlangsung pula. Kali ini kami menanti para pelumba di Bandar Bera untuk mengambil gambar-gambar menarik di situ.







 12 Julai 2012: Acara 117 Lebuhraya Wanita. Namun hari ini kami diuji apabila van yang kami naiki mengalami kerosakan dan hampir terbakar. Syukur kami semua berjaya menyelamatkan diri. Kejadian berlaku di Kuala Tekal ketika dalam perjalanan ke Jambatan Rumpun Makmur , Kuala Krau.










Gambar: Khirrul Nirwan, Sazlinda Ibrahim dan Siti Zaharah