Jumaat, 11 Mei 2012

Hati seluas lautan

Semalam bertemu seorang sahabat. Bercerita itu dan ini. Juga tentang emosi yang tercalar dek tekanan urusan harian. Lalu dia berkongsi dengan saya bagaimana dia menguruskan soal hatinya.

Dia : Awak bayangkan secawan air yang jernih, kalau awak masukkan setitik nila apa jadi?

Saya: Air jadi biru.

Dia: Kalau awak letak nila tu dalam laut, apa jadi?

Saya: Tak jadi apa-apa la.

Dia: Macam tu lah hati kita. Kalau kita kecilkan hati seperti air dalam cawan, setitik nila pun boleh mengeruhkan air. Tapi kalau kita lapangkan hati macam laut, sebotol nila pun takkan memberi kesan. Jadi  hadapi setiap masalah tu dengan hati yang seluas lautan supaya kita tak terkesan

Saya: Oh...

Hati seluas lautan

Mode: Saya sedang belajar meluaskan hati seperti lautan :)

Sabtu, 5 Mei 2012

Kita dan hutang... dan hutang

Perasan tak masyarakat kita macam dididik supaya berhutang. Walaupun kerajaan kita berusaha mendidik kita menyimpan, melabur, merancang kewangan, tapi...mekanismenya dengan cara berhutang? Tak percaya:

1 - Contoh ASB - memang satu instrument pelburan yang sangat bagus. Skim ni membolehkan kita mengoptimumkan simpanan kita menjadi berkali ganda nilainya dalam jangkamasa panjang. Tapi yang tak bestnya, kita diberi cara ~ buat loan untuk melabur. Memangla, sapa tak nak diberi peluang melabur lump sum dalam jumlah yang banyak. Tapi perlu ke berhutang untuk menyimpan. See, kita seperti dididik untuk berhutang. Kalau dividend ASB bagi 8% , tapi tolak interest loan bank 5% , kan dah sikit untung kita ; 8%-5% = 3 % jerk! Kan lebih baik kalau installment kita bulan2 tu terus direct masuk ASB. Lagi untung kot. 

2- SSPN- lagi satu instrument simpanan yang saya rasa memang baguslah. Merancang pendidikan anak-anak dari masa dia kecil lagi. Oklah kan, bulan2 simpan kat SSPN, cukup masa nanti boleh buat biaya pelajaran anak-anak. Tapi yang tak syok nya sekarang orang ramai buka akaun SSPN sebab nak membolehkan anak dorang BUAT LOAN PTPTN.Lahaiii.. hutang lagi. Dengan menyimpan RM20, anda boleh membuat pinjaman sehingga RM21K. Hmmm.. kita ni hidup xkan dapat lari dari hutang

Tu belum lagi hutang kete, rumah, kad kredit dll..... Oh hutang dan hutang....

ps: 



Jumaat, 4 Mei 2012

Tentang Rasa




Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya