Rabu, 28 September 2011

Lagi pencabulan hak asasi manusia


Cik Bunga memang tak dapat terima kekejaman ini. Mengapa sekejam ini terhadap nyawa yang langsung tak berdosa..again and again. Takkan tak terdetik pun sedikit belas kasihan kalaupun tiada sayang.

KUALA LUMPUR, Sept 16 (Bernama) -- A dead baby boy, believed to be newly
born, was found floating in Sungai Kroh at 4 1/2 milestone, Jalan Ipoh, here,
today.
The discovery was made about 4pm by patrol policemen from the Jinjang
station while passing through the area before removing the decomposing body from
the river.
Sentul district police chief, ACP Zakaria Pagan, said a team of policemen
including from the Forensic Unit, went to the scene after receiving the report.
"Our initial investigation found the baby to have been born prematurely with
the umbilical cord still intact," he said when contacted today.
The body was sent to Kuala Lumpur Hospital.
Zakaria said anyone with information on the case could contact the nearest
police station or call Sentul police at 03-62562325.
-- BERNAMA

Jumaat, 23 September 2011

Bajet 2012: Najib kaji bonus lumayan atau naik gaji sektor awam

Hari mood copy paste. Sebab nampak satu news yang macam happy news e. So cik bunga nak paste kat sini. Hopefully akan jadi kenyataan. Tak kisahlah, yang baik kita rasa sama-sama.




KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.

Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.

Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.

Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.

Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen.

Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.

“Perdana Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet akan mengatasi isu sara hodup selepas pemotongan subsidi baru-baru,” kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.

Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.



Akaun FB bernilai RM1.8m

*cik bunga copy paste drp yahoo.com.my

Tourism Ministry: RM1.8m spent on Facebook pages


By Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, June 14 — A whopping RM1,758,432 was spent on developing six Facebook pages to promote Malaysian tourism, the Tourism Ministry said today.
Deputy Tourism Minister James Dawos Mamit said this today in reply to a question from Anthony Loke (Rasah-DAP).
Each Facebook page cost RM293,072 — Cuti-Cuti 1 Malaysia, Citrawarna 1Malaysia, Karnival Jualan Mega 1 Malaysia, Festival Pelancongan Seni Kontemporari 1 Malaysia, Kempen 1 Malaysia Bersih and Fabulous Food 1 Malaysia.
The Citrawarna 1 Malaysia page has so far attracted 20,292 Facebook fans since it was launched on May 21.
Mamit said that the RM1.8 million included costs for designing, flash programming and coding, testing and debugging, uploading and launching the application, system server deployment and campaign management.
“You need RM1.8 million to run Facebook pages and applications? A six-year-old can start a Facebook page.
“If Datuk Seri Ng Yen Yen has problems getting people to help start Facebook pages, DAP headquarters can help her out, we have people who can develop these things at no cost,” Loke told reporters later at a press conference.
Loke said that unless Ng explained the reasons behind the “exorbitant” costs for the “social media branding” exercise by her ministry, he intends to lodge a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).


nota: Alahai..1.8 million untuk akaun FB yang free..emmm..wondering

Khamis, 8 September 2011

Coretan buat dia..

Dia yang hadir sebagai anugerah jiwa yang lesu...
juga mungkin sebagai pinjaman buat duniaku yang kelabu.
Menjadi tongkat di kala kaki tidak mampu berdiri.
Menjadi bantal empuk di kala mata terkulai layu..
Menjadi guru tatkala minda menjadi dungu.
Menjadi pena bilamana ku ingin mencoret..
Juga bagaikan desiran angin dingin meredakan kehangatan yang seringkala menjengah di hati..
Dia...sahabat sejati

Mungkin kehadiran dia hanya umpama pelangi petang yang sirna jua dibawa senja???

Rabu, 7 September 2011

Cinta itu....

... membahagiakan
...buta
...membawa derita
...pengorbanan
...anugerah
...sengsara
...membunuhku!

Selasa, 6 September 2011

Hikmah di sebalik musibah



Masa kejadian: 6 Ogos 2011 bersamaan 6 Ramadhan jam 5.00 ptg
Tempat kejadian: KM 49.2 Lebuhraya Karak menghala ke Bentong

Musibah: Cik Bunga telah hilang sedikit pahala puasa kerana gagal mengawal marah di bulan Ramadhan ... huhu..kerana kejadian ini berlaku 2 hari selepas kemalangan kecil yang juga melibatkan kenderaan yang sama.... Astaghfirullah... Cik Bunga enggan membayangkan wajah Cik Bunga ketika itu bagaikan sang singa yang naik minyak.
Alhamdulillah, permata hati Cik Bunga yang bertiga (termasuk yang dalam gambar) itu tidak mengalami sebarang kecedaraan.

Hikmahnya: 1 Bila marah, kita hilang kawalan diri. Usai musibah, baru saya sedar kemarahan yang tidak dikawal akan membawa kepada musibah lain (contohnya: hilang keayuan asli seorang wanita Melayu dan boleh mencetuskan permusuhan)
2 Kerana kejadian itu, saya kenal siapa kawan sebenar. So nak ambil peluang untuk ucap jutaan terima kasih kepada yang membantu.
3 Baru tau potensi diri (tahap kemarahan, tahap kesabaran, bagaimana diri bertidak ketika musibah, dll....huhu...)
4 Dapat bumper baru, no plat baru, pintu baru dll..hehehe