Rabu, 25 Mei 2011

Kenali diri sedalamnya

Saya terpanggil untuk berkongsi tentang satu artikel yang saya baca bulan lalu. Tentang manusia yang dalam tak sedar berlagak seperti Tuhan. MasyaAllah. Bila direnungkan kembali, saya sendiri beristighfar kerana adakala tanpa sedar diri mudah tergelincir dari landasan yang sewajarnya and unconsciously, i tend to be like that.

The article says, most of us nak berjaya, nak berubah ke arah yang lebih baik dan nak jana lebih pendapatan daripada yang sedia ada. So we go for various programs, trainings and courses to gain awareness and changes. Memang bagus jika kita nak cari perubahan dan semangat melalui program-program tersebut. And trust me, u will feel the energy and u will feel the changes. Namun seringkali kita lupa perubahan tersebut datang bersama nafsu yang membuak. Dibimbangi kita gagal mengawal nafsu dan ia akan mengatasi akal dan kewarasan kita. 

Saya pernah berada di situ. Keinginan yang membuak untuk menimba ilmu sehingga rasa diri sudah cukup besar dan bijak. Bergelora di dalam diri nak berkongsi ilmu sehingga tak perasan dinding keegoan mulai menumbuh.Bila sedikit kejayaan, sanjungan menjengah, gelora itu lebih bergolak. Ego semakin menebal, dan rasa semuanya in control. See? Dalam diam-diam rupanya kita sudah menjadi bagaikan tuhan kecil yang  boleh menentukan apa yang bakal terjadi. Dalam bisnes seperti saya, amat-amat mudah kita terjerumus ke lembah seperti ini. But remember, we not always on top. Life is spinning.

Saya teringat satu ayat: Makin banyak kita belajar, makin banyak yang kita tak tau. Tu yang patut kita semat kerana sepandai manapun kita, takkan tertanding ilmu Allah. Jadi renungi diri, sentiasa muhasabah dan rendah hati. Moga Allah terus merahmati perjalanan kita dan tidak melupakan hambaNya ini. Juga harus diingat dalam meniti kemayshuran dan kejayaan, pujian akan tiba bertubi-tubi. Memang, sesiapapun suka di puji. Jadi bila ada pujian , bersedia juga untuk menerima kejian. Kerana setiap sesuatu itu sentiasa ada pasangannya. Seandainya kita hanya inginkan pujian tanpa kejian sesungguhnya kita adalah orang yang tidak menjaga hubungan dengan Pencipta kita. 

Wallahualam





Selasa, 24 Mei 2011

Menghargai dan dihargai

19 May 2011. Saya terima satu panggilan telefon dari seorang klien yang juga teman saya yang agak rapat. Cemas beliau bersuara, "aku buang air berdarah... memang keluar darah je"

Sayapun cemas, risaukan kesihatan beliau. Lantas saya meminta beliau (beliau berada di Bera) ke klinik dan minta doktor buat satu surat rujukan ke hospital. Saya juga cemas, kerana waktu telah malam dan saya benar-benar tidak dapat menghantar beliau ke hospital. Satu lagi panggilan saya terima, mengatakan beliau telah dapat surat tersebut dan adiknya akan menghantar beliau ke Kuantan (KPJ Specialist). Hati saya lega, sempat juga meminta maaf kerana tidak berkesempatan nak hantar.

2.30 am saya terima mesej mengatakan beliau telah selamat diwadkan. Pagi esoknya saya hubungi Prudential untuk mengesahkan GL dikeluarkan untuk sahabat saya itu. Done. Hati saya lega, kerana hari itu saya telah berjaya membantu sahabat saya. Riang walaupun masih risaukan kesihatannya.

20 May 2011. Petang. Saya terima panggilan dari adik ipar sahabat saya tadi. Beliau bertanyakan tentang bil hospital, adakah Prudential akan bayarkan. Jadi sebagaimana yang telah saya terangkan kepada abang iparnya, saya terangkan sekali lagi kepadanya. Alhamdulillah, beliau faham dan saya lega kerana sekurang-kurangnya saya berjaya ringankan beban keluarganya ; dari segi bebanan kewangan dan perasaan. Saya cuma meminta sahabat saya supaya bertenang dan berehat kerana urusan hospital dan bil saya yang akan uruskan. Terharu bila beliau berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada saya. Oh lupa, beliau disahkan mengalami pendarahan usus yang serius dan perlu dipantau selama 5 hari untuk antibiotik dan jika masih tidak sembuh beliau mungkin akan menjalani pembedahan.

23 May 2011. Saya telefon sahabat saya, bertanya keadaannya. Alhamdulillah beliua telah dibenarkan keluar. Sekali lagi beliau berterima kasih . Berkali-kali sehingga bergenang air mata saya. Dulu saya sangat menghargai beliau kerana menyokong bisnes saya dengan mengambil polisi yang saya cadangkan walaupun beliau belum faham sepenuhnya kepentingan polisi tersebut. Saya amat menghargainya. Kini dengan polisi tersebut saya mampu membantu beliau yang dalam kesakitan dengan memberi pilihan untuk mendapatkan bantuan perubatan pakar dan bil ditanggung oleh polisinya. Dan saya dihargai. Juga amat dihargai bilamana beliau meminta saya quote kan quotation untuk polisi satu keluarga pula. Alahamdulillah......:) rezeki saya.

Dalam dua minggu lagi saya akan hantarkan pula cek tuntutan hospitalnya yang bernilai RM1000. Alhamdulillah, whats matter is sahabat saya sihat dan gembira.

Khamis, 12 Mei 2011

Being a mother..

Happy mother's day ... for all moms out there..

Mungkin entry ni terlambat, tapi rasanya tak pernah terlambat untuk kita raikan kasih sayang seorang ibu kan? Dalam Islam sendiri sehari 5 kali kita doakan ibu (setiap kali lepas solat), jadi sebenarnya setiap hari kita raikan ibu.

Being a mother... bagi saya satu anugerah yang paling besar dalam hidup. Tak ternilai dengan apa pun. Saya menjadi ibu di usia yang masih muda. Masih bergelar pelajar. Hati memang sangat berdebar-debar, bimbang tak mampu menjadi ibu yang baik. Namun saya sangat yakin saya sudah bersedia dari sejak janin itu melekat di dalam rahim saya. Saya pernah berdoa, 'Ya Tuhan, andai nyawaku tidak panjang, Kau berilah peluang kepadaku untuk sekurang-kurangnya menjadi seorang IBU....' Alhamdulillah itu yang saya dapat.

Saya masih dapat membayangkan wajahnya, baunya, suara tangisannya, matanya...sewaktu anak saya dilahirkan. Segalanya masih segar. Itulah kenikmatan paling besar yang dianugerahkan kepada saya olehNya. Saya tidak dapat gambarkan bagaimana perasaan saya, yang hanya seorang ibu yang mengerti.. Tuhan, syukur tidak terhingga atas anugerah itu.

Jadi, saya sangat sedih jika seorang wanita yang dianugerahkan gelaran ibu (sama ada dengan rela atau tidak) menafikan perasaaan keibuan itu sehingga sanggup membunuh anak sendiri. Saya percaya setiap ibu rasakan apa yang saya rasa. Cuma mungkin bagi sesetengah yang menjadi ibu tanpa rela, ingin menafikan naluri itu.



buah hati mama

 Kepada ibu-ibu... anda lah yang TERHEBAT. Kerana tiada tandingan kasih sayang seorang ibu, pengorbanan seorang ibu.....