Sabtu, 29 Januari 2011

Make ur choice..

Life is about making choices

Yes or no

Dead or alive

But it is not always in our hand...


Khamis, 27 Januari 2011

Alasan lagi....


*Entri ni khas ditujukan untuk diri sendiri*

Matlamat : dah set
Plan: dah buat
Motivasi: banyakkkk..always hot
So apa lagi yang tertinggal?
TAKE ACTION la...

Selagi kita tidak mengambil langkah pertama untuk merealisasikan segala plan sampai bila pun kita takkan capai matlamat. Pernah tak dengar ayat ni:

ms x: Pening kepala lah..
CB: makanla panadol
ms x: bukan taknak makan, sy tak suka, besar sangat tak boleh telan.
CB: so tidolah. take rest
ms x: ala..banyak keje nak buat.. cane ni?
CB: (banyak nye alasan)

*rasa2 sakit kepala dia tu hilang x?

Itu lah masalah biasa. Sering memberi alasan. Tanpa sedar bila kita mencipta alasan sebenarnya kita dah bagi keputusan kepada diri kita. Keputusan untuk tak buat @ elak nak buat. Jadi sampai bila pun matlamat kita (tak kiralah besar atau tak ) tak akan tercapai. 

Selasa, 25 Januari 2011

Stress!!

Mingguan Malaysia, Ahad 23 Jan 2011

Wanita lebih banyak alami stress mental?

Wah! Tajuk artikel ni sangat menarik perhatian saya. Saya sebagai wanita yang bergelar ibu dan berkerjaya memang sangat setuju. Memang sangat stress, dan lebih stress kalau kita mengharapkan orang faham kita stress atau kita sendiri tak sedar yang kita sedang stress. Tapi apa2 pun sebagai seorang insan yang mempunyai agama dan nilai yang baik, seharusnya kita perlu bijak dalam menangani keadaan yang menekan ini terutamanya di zaman yang semakin mencabar. Dalam Islam semunya ada jalan penyelesaian. So saya kongsikan artikel ini untuk sama-sama kita cernakan dan manfaatkan.



Oleh Dr. Sabitha Marican

BARU-BARU ini kita telah didedahkan dengan maklumat bahawa pesakit mental yang menerima rawat
 an di Hospital awam telah meningkat ke 15.6%. iaitu seramai lebih 400,000 orang. Malah angka ini
 dikatakan telah meningkat berbanding dengan tahun sebelumnya. Membaca kenyataan ini rakan sekerja

 saya terseny
 um lebar sambil berkata "hai sebenarnya banyak lagi diluar sana yang dok tunggu giliran nak masuk hospita
 l mental ini, cuma dia orang tak sedar". Dan beliau terus ketawa terbahak-bahak. Walaupun kenyataannya itu nampak seperti bergurau, tetapi mengikut beberapa kajian yang dilakukan di negara kita, komen itu ada kebenarannya. Ini kerana ramai yang mengalami stres tetapi tidak menyedarinya.

Dwi kerjaya

Amnya ramai yang menghadapi masalah mental dikaitkan dengan masalah kekeluargaan dan ketidakpuasan di tempat kerja. Kini, 50% dari tenaga buruh adalah wanita dan 70% dari dari mereka sudah berumah tangga. Oleh yang demikian, salah satu golongan yang berhadapan dengan gejala penyakit mental ini ialah pasangan dwi kerjaya. Dwi kerjaya bermaksud individu itu mempunyai dua peranan iaitu di rumah dan di tempat kerja. Realitinya ialah pasangan dwi kerjaya kini adalah satu keperluan memandangkan kos hidup yang semakin meningkat.

Benarkah wanita lebih stres?

Mengimbas semula data kementerian kesihatan pada tahun 1996, didapati wanita secara umumnya menghadapi stres mental 1.5 kali lebih tinggi berbanding dengan lelaki.. Mungkinkah wanita lebih stres dari lelaki?

Status kesihatan

Antara punca stres di kalangan pasangan ini kerana terpaksa berkejaran untuk mengimbangkan antara kerjaya dan tanggungjawab dirumah. Dapatan kajian dari 1000 orang wanita kerjaya, didapati 55% peratus dari mereka mengalami lebih dari satu bentuk masalah kesihatan.

Penyakit yang dihidapi adalah seperti kencing manis, sakit lutut, migrain, sengal sengal badan, insomnia, pening, sakit pinggang, kemurungan, sering selesema dan demam, rasa kebas pada bahagian badan tertentu dan darah tinggi. Selain dari itu seramai 40% mengatakan berat badan mereka telah meningkat disebabkan kecenderungan untuk makan bila stres dan penglihatan mereka semakin kabur (32%) disebabkan oleh penggunaan komputer.

Secara keseluruhan 10% sahaja wanita yang mengaku mereka sihat, dan 71% merasakan mereka agak sihat, 16% bersetuju mereka tidak berapa sihat dan 3% mengatakan mengatakan mereka langsung tidak sihat. Ini adalah satu tanda amaran yang memerlukan tindakan segera.

Menurut kajian yang dijalankan di Korea, wanita yang menanggung pelbagai jenis penyakit disebabkan oleh dwi kerjaya jika berterusan selama 10 tahun akan mengalami sindrom kemurungan yang digelar sebagai Whabyung. Apa yang membimbangkan ialah hampir 17% dari wanita dalam kajian ini mengatakan mereka telah mengalami kesemua penyakit ini lebih dari 7 tahun. Berkemungkinan ada wanita dari kajian ini mewakili sebahagian dari 400000 ribu yang mempunyai penyakit mental ini?

Konflik dalaman

Secara terperinci, wanita dwi kerjaya ini menghadapi konflik dalaman disebabkan oleh pelbagai permintaan dari ahli keluarga, iaitu suami, anak, ibu bapa dan tidak ketinggalan majikan di tempat kerja. Kajian menunjukkan hampir 70% mengatakan ia berlaku kerana berkejaran untuk menghabiskan kerja pejabat dan kerja rumah.

Masa tidur

Seramai 34% dari wanita tersebut terpaksa mengorbankan waktu tidur mereka untuk memastikan kerja rumah mereka dapat dibereskan. Malah ada yang bangun seawal lima pagi dan tidur lewat satu malam setiap hari. Mereka tidak terdaya menjadi superwomen yang perlu menggalas hampir semua tanggungjawab dirumah di samping mengejar kerjaya.

Kerja Rumah

Lebih 80% mengaku bahawa mereka terpaksa melakukan kesemua kerja rumah secara sendirian. Hanya 17% sahaja suami yang sedia membantu isteri membuat kerja-kerja rumah. Kerja yang dilakukan oleh suami adalah dikategorikan sebagai kerja sampingan atau "bantuan bila perlu". Maka tidak menghairankan jika seramai 78% merasakan kelesuan mental apabila berada di tempat kerja. Sehubungan dengan itu juga, apabila menghadapi masalah dirumah maka besar kemungkinan stres ini akan dibawa bersama di tempat kerja. Apa yang berlaku ialah rakan rakan di tempat kerja juga akan merasakan bahang dari stres individu tersebut.

Bersama Anak dan Ibu Bapa

Ramai wanita (70%) dalam kajian ini mengalami konflik dalam diri kerana merasakan tidak berlaku adil dalam menjaga kebajikan anak anak mereka. Beban ini lebih terasa kerana hampir 90% wanita dalam kajian ini tidak ada pembantu rumah atau keluarga terdekat untuk membantu menjaga anak anak mereka.

Malah wanita ini juga mengalami dilema bukan sahaja mereka tidak dapat memberikan penjagaan yang secukupnya pada anak anak tetapi juga untuk ibu atau bapa mereka yang uzur. Wanita kerjaya seumpama ini dikenali sebagai "wanita generasi tersepit", kerana mereka terpaksa mengimbangkan antara tanggungjawab sebagai ibu, isteri dan anak. Di negara China disebabkan terlalu banyak sangat kes pengabaian orang tua, maka satu polisi telah digubal dimana ibubapa dibenarkan untuk membawa anak-anak ke muka pengadilan jika mengabaikan kebajikan orang tua mereka. Namun jika dilaksanakan di negara kita, apakah cara ini dapat melahirkan sebuah masyarakat penyayang?

Masa untuk diri dan Bersama Kawan


Kajian turut mendapati 40 % wanita mengatakan mereka tidak ada masa untuk bersantai dengan kawan. Bukankah menonton drama terkini, malah mendengar berita pun sudah tidak kesempatan. Malah lebih 50% wanita mengatakan bahawa tidak ada masa untuk memanjakan diri dengan urutan, ke Spa ataupun pusat rawatan kecantikan. Sehinggakan ada wanita dalam kajian ini yang mengeluh kerana masa cuti minggu adalah paling stres bagi mereka. Cuti dua hari itulah mereka gunakan segala tenaga untuk membereskan kain baju belum bergosok atau dibasuh, mencuci tandas dan membeli barang keperluan dapur. Menurut kajian juga masa santai untuk diri adalah penting untuk kesihatan mental seseorang diri. Apakah pengalaman seumpama ini boleh dikatakan sebagai satu deraan fizikal tetapi juga mental bagi wanita tersebut?

Bersama suami

Dalam hal suami pula, seramai 55% bersetuju mempunyai masa yang terhad untuk bersama pasangan mereka, kerana terlalu banyak kerja rumah maupun urusan pejabat yang perlu di laksanakan. Seramai 15% menjawab mereka tidak ingat bila kali akhir mereka bermesra dengan suami mereka. Seperti kata salah seorang responden "terlalu banyak tugas overtime di tempat kerja sehingga suami dirumah menjadi part time".

Malah 3% dari responden menjawab mereka mula sangsi dengan perubahan tingkah laku pada suami mereka yang tidak semesra dulu. Antara perubahan yang dimaksudkan ialah suami mereka kurang berkomunikasi, suami lebih banyak menghabiskan masa di luar rumah bersama kawan, kurang ucapan kata kata mesra mahupun hadiah "kejutan" untuk hari jadi, hari ulang tahun berbanding dengan sebelum ini. Belaian mesra dan gurau senda juga amat kurang dalam hubungan harian mereka dan kecewa dari segi hubungan intim dengan suami mereka.

Sebuah lagi kajian yang dilakukan di kalangan 160 orang professional juga mendapati di hampir 11% mengalami konflik nafkah batin di kalangan pasangan kerja yang sudah berkahwin. Masalah dalam perkahwinan seumpama ini boleh mengganggu emosi dan boleh memberi kesan ke atas kerja mereka.

Benarkah pekerja wanita adalah toksik di tempat kerja.

Dengan adanya ramai graduan wanita, kini di tempat kerja kebanyakan jawatan pengurus atau pentadbir mula dipenuhi dengan wanita. Sebuah kajian yang dijalankan pegawai kerajaan menunjukkan bahawa jika ada pilihan, 90% dari responden, tidak kira lelaki atau perempuan lebih suka berkerja dengan bos lelaki. Antara sebabnya ialah bos lelaki dipandang sebagai lebih memahami masalah pekerja, tidak atau "angin pasang surut" boleh berkomunikasi secara berhemah. Tidak kurang juga yang memberikan pelbagai gelaran pada bos wanita mereka seperti singa betina, Hitler dan seumpamanya. Apakah ini petanda wanita lebih stres di tempat kerja? Atau permintaan ditempat kerja yang menjadikan mereka stres?

Wanita dan kerja

Seterusnya 50% wanita dalam kajian ini menyatakan hasrat mereka untuk berhenti kerja jika diberi peluang kerana kesukaran untuk mengimbangi tanggungjawab antara kerja dan keluarga. Tetapi pada hakikatnya 80% mengatakan mereka merasa gembira jika mempunyai kerjaya serta dapat membantu dalam ekonomi keluarga. Lebih lebih lagi yang mempunyai anak, kerana perlu mengasingkan sekurang kurangnya 7% dari pendapatan untuk perbelanjaan anak-anak. Jelas sekali menunjukkan bahawa wanita akan mengalami stres kerana tersepit antara dua keadaan

Pendek kata wanita dwi kerjaya berhadapan dengan pelbagai cabaran iaitu penjagaan anak-anak, menjaga ibu bapa, beban kerja rumah, masalah dalam perkahwinan dan prestasi kerja.

Mengatasi pesakit mental tanggung jawab siapa?

Menurut Institut Kesihatan Mental di Amerika Syarikat dianggarkan 17 juta penduduk atau seramai 10% dari penduduk golongan dewasa mengalami kemurungan setiap tahun. Namun jika mereka diberi bantuan seramai 70% menunjukkan perubahan yang positif dalam masa beberapa minggu sahaja.

Malaysia adalah salah sebuah Negara yang memperuntukkan belanjawan untuk tujuan kesihatan yang besar untuk rakyatnya. Namun pesakit mental bukan tanggungjawab kerajaan ataupun majikan sahaja, malah setiap ahli keluarga. Ini kerana kerajaan dan majikan boleh mewujudkan pelbagai bentuk bantuan untuk kesejahteraan pekerja seperti perubatan, bantuan kaunseling, pusat penjagaan anak-anak, potongan cukai untuk ibu bapa dan sepertinya.

Tetapi satu perkara penting yang perlu diingat ialah bahawa setiap keluarga itu berbeza. Oleh itu adalah tanggungjawab setiap individu dalam keluarga untuk mencari resipi tersendiri dalam mencari penyelesaian bagi keluarga. Umpamanya kerajaan hanya boleh memastikan kesemua rakyat mendapat bekalan beras yang cukup, tetapi untuk memastikan nasi tidak menjadi hangit, keras ataupun bubur bergantung pada individu itu sendiri.

Isnin, 24 Januari 2011

Akibat bercakap telefon sambil memandu

Saya memang selalu buat perkara ni. Angkat phone and kadang-kadang semapat berSMS lagi masa memandu. Tapi kejadian 20 Jan 2011 lalu agak menginsafkan saya. Kejadian ni berlaku semasa kami sekeluarga dalam perjalanan ke Melaka untuk bercuti (sebab tu lama tak update blog...hehe) di tengah higway Karak dekat Gombak. Masa tu mr hubby tengah memandu dengan kelajuan yang tak berapa laju.Tiba-tiba saya nampak sebuah kereta BMW di depan kami (agak jauh juga) berpusing di tengah highway dan terus melanggar guard rail kanan. Bersepailah jugak bumper depan dan belakang kereta tu. Then sebuah lagi kereta (Toyota - kalau tak silap Camry) yang tak sempat brake menghentam BMW tu. Nasib baik mr hubby sempat brake, hampi-hampir juga kereta kami nak mencium belakang Camry tu. Saya pula memang hampir habis suara menjerit. Alhamdulillah kami sekeluarga selamat.

Hari itu, sejarah juga bagi saya kerana menelefon 999 untuk kali pertama. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. Tapi kereta BMW dan Camry tu agak teruk juga. Rupanya menurut saksi yang boleh dpercayai, pemandu BMW tu sedang bercakap telefon sebelum keretanya yang berada di lane paling kiri terbabas melanggar guard rail kiri jalan dan berpusing ke tengah jalan dan menghentam guard rail kanan pulak. Huhu... Saya insaf...tak nak dah jawab phone masa drive... Dalam kekabutan perasaan masa tu lupa pulak nak snap photo tempat kejadian :P

Struktur faraid

Ramai yang tahu buat duit. Ramai juga yang tau habiskan duit. Ramai yang pandai dan kreatif mengumpul harta. Dan sekarang ramai juga yang bijak melindungi harta mereka serta melaburkannya untuk mengembangkan lagi kekayaan. Inilah perkembangan dan inovasi produk kewangan di Malaysia. Tapi sayangnya tak ramai yang ada kesedaran tentang bagaimana nak membuat pengurusan dan pembahagian harta, terutama setelah kita dah tinggalkan dunia ini. Ini yang kita selalu lupa sedangkan harta yang semasa hidup menjadi milik kita adalah hak waris-waris setelah kita meninggal dunia.
Sabda Rasulullah S.A.W :

“ Serahkanlah harta pusaka kepada pemiliknya.
Sekiranya ada baki, serahkanlah kepada
kaum keluarga yang terdekat. “
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Jadi, pernahkah kita terfikir siapakah WARIS-WARIS kita? Tahukah kita struktur faraid kita? Sangat penting untuk kita mengenalpasti struktur faraid kita agar pertikaian dan kekeliruan boleh kita elakkan di kemudian hari. Tentunya kita mengharapkan kita akan bersemadi dengan tenang di sana. Tapi tenangkah kita jika harta yang kita susah payah kumpul semasa masih bernyawa menjadi punca perpecahan keluarga. Ilmu tentang faraid ini telah jelas di sebut dalam surah An Nisa ayat 11 dan 12.


Maka di sini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang apa yang dikatakan tentang struktur faraid.:

Ini adalah struktur faraid biasa bagi seorang lelaki (petak 4 segi) mempunyai seorang isteri, seorang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan serta ibu dan bapa. Bagi keluarga ini waris-warisnya adalah ibu bapanya, isterinya dan anak-anaknya di mana pembahagian hartanya adalah mengikut pecahan berikut: 1/6 untuk bapa, 1/6 untuk ibu yang melahirkan, 1/8 untuk isterinya, 1/3 untuk anak perempuan dan 2/3 untuk anak lelakinya. Di sini ashobah (penghabis harta) bagi hartanya adalah anak lelakinya. Persoalannya, bagaimana jika hamba Allah ini mempunyai hasrat hati untuk memberi lebih banyak bahagian hartanya kepada isterinya. Boleh ke? Kan kene ikut faraid? Jawapannya: BOLEH. Tapi melalui cara yang dibenarkan oleh syariah iaitu melalui HIBAH/HARTA SEPENCARIAN.

 Rajah di atas menunjukkan bahawa harta yang tertakluk kepada hukum faraid adalah harta bersih setelah ditolak hasrat hatinya (hibah/waqaf/amanah), kos pengebumian, hutang-hutang (termasuk zakat), wasiat dan harta sepencarian. Jadi dalam Islam telah disediakan cara untuk kita menguruskan dan membahagikan harta kita dengan baik dan teratur.

Saya terpanggil untuk berkongsi soal perwarisan harta ini setelah ramai yang saya temui mempunyai pemahaman yang dangkal tentang faraid. Ramai yang berpendapat tak perlu untuk uruskan pembahagian harta kerana kita dah ada hukum faraid. Tapi Allah menetapkan faraid itu sebagai jalan terakhir jika kita GAGAL menguruskan pembahagian harta kita dengan baik. Saya bersedia untuk berkongsi secara lebih mendalam soal ini kerana apa yang saya dapat kongsikan di dalam entri ini hanya sedikit sahaja. Anda yang berminat boleh hubungi saya di szarra130@gmail.com. Saya juga memberi ceramah percuma mengenai struktur faraid jika anda inginkan. Semoga anda dapat memperoleh sedikit sebanyak gambaran mengenai perwarisan dan pengurusan harta.

Wallahualam


Credit to: Pn Yati & En Abu

Khamis, 20 Januari 2011

Tahniah Prudential...One Billion achievement

*Mr Charlie Oropeza (Prudential CEO) giving opening speech on Prudential Wealth Planner Conference

Baru saja menghadiri conference selama 2 hari di Arena of Stars Genting Highland. Banyak kisah-kisah kejayaan dapat saya kutip di sana dan energy bertambah lagi bila dikelilingi oleh mereka-mereka yang berjaya. Yang paling penting mereka tak lokek berkongsi.

Setinggi-tinggi buat tahniah Prudential kerana menjadi syarikat insurans pertama berjaya hit total collected premium RM1.02 billion bagi tahun 2010. Wah! sangat bangga walaupun saya hanya menjadi antara penyumbang kecil untuk jumlah itu..:). Banyak kejayaan besar dicapai hasil kerja kuat team Prudential. Antaranya:

* Memegang pasaran terbesar dalam industri insurans dan takaful (No 1 for 3 respective years!)
* Melahirkan 301 Million Dollar Agency....(Total sale bagi sesebuah agency melebihi RM1 juta), dengan MDA tertinggi adalah 18 juta...Wow!
* Melahirkan ramai Agen-Agen berkualiti termasuk saya! hehe

Dan the best moment untuk saya bila dapat bersama Dato Sheila Majid yang menjadi salah seorang speaker pada hari tersebut...Tapi... x dapat bergambar dengan beliau..uwaaaa...

Anyway..i am so proud to be one of the Pru team member..and proud to serve u, all my policy holder.. we try the best to give the best service!

Isnin, 17 Januari 2011

Ilmu itu ibarat buih-buih di lautan

Frasa di atas sangat besar maknanya. Kalau sekali imbas, ia boleh di mengertikan bahawa banyaknya ilmu itu seperti banyaknya buih-buih di lautan. Tak terkira. Jadi sebagai khalifah Allah, mencari ilmu adalah fardu dan proses itu adalah proses yang berterusan. Dari saat kita di lahirkan sehingga lah kita menutup mata. Kita belajar setiap hari, sama ada secara formal ataupun tidak. Ilmu itu ada di mana-mana. Kitalah yang bertanggungjawab untuk mencari.

Blogging pun satu ilmu juga. Sepanjang beberapa bulan saya menjengah ke dunia blog ini, dah banyak ilmu yang saya kutip. Pelbagai. Serta tugas saya sebagai perunding juga telah menemukan saya dengan pelbagai jenis dan ragam manusia yang saya boleh kutip ilmunya. Dan setelah itu, saya juga bertanggungjawab juga untuk menyebarkan dan mengamalkannya. Kerana ilmu tanpa amal bagaikan pohon tak berbuah. Dan ilmu yang kita amalkan secara berterusan akan menjadi tabiat. Penting untuk memupuk tabiat yang baik agar kita dapat membentuk peribadi yang baik juga.

Ilmu jika kita kongsikan akan menjadi jariah untuk kita. Itulah bekalan kita di saat kita menjengah alam yang lebih kekal. Kan kita ada tiga sahaja bekalan yang boleh kita bawa nanti iaitu sedekah jariah (mungkin kita taklah kaya sangat nak bersedekah), doa anak yang soleh (solehkah anak kita nanti) dan ilmu yang bermanfaat (sekurang-kurangnya yang ini kita mampu). Jadi sekurang-kurangnya tidaklah kosong' mangkuk tingkat' kita ketika nak dihitung di hari kita dibangkitkan nanti.

 Wallahualam

Sabtu, 15 Januari 2011

Dugaan hidup: masa senang atau masa susah?

Semalam saya bertemu seorang hamba Allah (my prospect). Hajat di hati nak approach beliau dan kalau ada kesempatan nak present sekali tentang pengurusan harta. Tapi sebenarnya lebih kepada berbual-bual dan saya rasa memang banyak ilmu yang saya dapat daripada beliau.

Dalam banyak-banyak topik tu, saya tertarik dengan persoalan yang ditimbulkan iaitu tentang dugaan hidup. Bila sebut DUGAAN, mesti kita ingat tentang kesusahan, kesukaran, kesempitan dan musibah. Betul kan? Tapi antara sedar dengan tidak, kesenangan, kegembiraan, kebahagiaan, kekayaan tu adalah dugaan yang lebih hebat lagi. Sebab kalau kita dapat musibah, biasanya kita akan dekat dengan Pencipta kita. Tapi masa kita senang, kita mudah lupa dari mana kesenangan itu datang. Jadi bila difikir balik, memang betul, kesenangan tu lah dugaan yang lebih besar.

Satu lagi, kalau sesuatu ujian tu dah berlalu, kita selalu cakap itu adalah penamat nya. Tapi perasan tak kalau dalam movie orang putih kalau dah berakhirnya musibah diorang selalu cakap..this is the beginning.. kan2?

Sebenarnya banyak lagi topik yang dibincangkan. Salute Mr Abe. Rasa diri ini masih sangat jahil. Masih banyak ilmu yang perlu di cari. InsyaAllah saya akan terus mencari selagi daya.

Jumaat, 14 Januari 2011

Love and courage..

Being deeply loved by someone give us strenght,
while loving someone deeply give us courage.

Love unconditinally, to be loved..

True love is like ghost, which everyone talks about,
but few have seen.

Book Review: 7 Habit of Highly Effective People by Stephen R. Covey

Peluang membaca dan menghadiri Signature Program 7 Habit sangat bermakna bagi saya. Covey telah berjaya mengubah paradigma saya terhadap kehidupan saya secara kesuluruhannya. Saya bukan lah nak ulas panjang tentang buku ini. Sekadar berkongsi beberapa idea yang sangat penting bagi saya mengikut pendapat saya secara bebas...

Kematangan seseorang bukanlah bergantung secara mutlak pada usianya. Walaupun dah berumur tak semestinya dia matang. Covey berkata kematangan manusia boleh dibahagikan kepada 3 kontinuum; bergantung (dependence), tidak bergantung (independence) dan tahap kematangan tertinggi adalah saling bergantungan.(Mula-mula terfikir juga, kenapa lepas dah x bergantung mesti saling bergantungan pulak)..

Actually, peringkat terbawah sekali adalah bila kita masih lagi bergantung dengan orang sekeliling, dengan keadaan sekitar dan sering mengikut 'perubahan cuaca'...yelah, kalau mendung kita pun ikut malap, tiada semangat. Kita mudah nak menyalahkan keadaan/orang lain kalau kita ditimpa sesuatu. Tipikal kan? Saya sendiri masih merenung diri supaya sentiasa muhasabah diri dan tidak mudah menyalahkan keadaan...

Peringkat kematangan kedua adalah bila kita sudah tidak lagi bergantung. Totally indipendence. Bila di tahap ini sebenarnya kita telah mencapai satu kemenangan peribadi. Sangat manis. Kita boleh melihat sesuatu dengan lebih baik, menjadi proaktif, mempunyai matlamat yang jelas dan always be prepared and prioritized.

Dan peringkat tertinggi, bila kita boleh menjalin hubungan dengan orang di sekeliling kita secara harmoni.  Saling bergantungan antara satu dengan lain. Inilah kemenangan awam di mana kita berusaha untuk mendengar dan memahami, berfikir untuk kepentingan semua pihak dn hidup dlam keadaan harmoni serta saling memerlukan.

Saya akan mengkisahkan dengan lebih lanjut di entri akan datang...

Khamis, 13 Januari 2011

Tentang Dia...

Tentang Dia...
Dia yang melingkari segenap hidup saya
Dia yang saya kenali sejak dulu
Dia yang saya puja seumur hidup saya
Dia juga yang saya teman setiap waktu berputar

Suatu waktu dulu..
Nafas saya bersatu dengan nafasnya
Saya yakin saya kenal seluruh pelusuk hidupnya
 Saya yakin saya tau siapa dia
Saya letak seluruh hidup saya bersamanya

Ya.. Dia melukai saya
sedalam-dalamnya
Namun dia tetap saya puja
Semakin pantas waktu berputar
Seakan saya tidak kenal dia lagi
benarkah begitu?
Saya dipersimpangan...
Tiada yang boleh menolong
jadi saya hanya pasrah
tentang dia....



Sabtu, 8 Januari 2011

Dosa besar dalam marketing

Waktu sibuk telah bermula... Alhamdulillah, good momentum at the beginning of the year. Semalam, berpeluang jumpa ramai insan hebat dalam dunia marketing and sale. So banyaklah ilmu yang dapat dikongsi semalam. Yang paling buat saya tersentak (sebab terkena kat batang hidung) bila Puan Yati (Wasiyyah Shoppe) sebut :

Dosa besar dalam marketing ni bila kita tak bagitau kita buat apa..

Opsss... yela saya x pernah nak shout2 apa perkhidmatan yang saya sediakan. haha.. baik dalam FB atau di sini dan di mana2.
Ok2, so sekarang saya nak iklankan diri.

Saya merupakan seorang Perunding Kewangan yang layak  memberi khidmat nasihat berkaitan bidang berikut:

Insurans Hayat
Takaful Keluarga
Insurans Am (Motor, Personal accident, building)
Unit trust
Perancangan Harta (hibah, amanah, wasiat, pengurusan pusaka)

Apa yang anda boleh anda dapat daripada saya:

Khidmat rundingcara percuma!

So mailah tanya2 saya kot2 ada apa2 persoalan terbuku tentag kewangan. Contohnya nak beli rumah ke, nak melabur ke, nak beli kete ke, nak tuntut harta pusaka ke, atau mungkin anda nak tau macam mana nak create UR FIRST ONE MILLION ESTATE... Insyaallah saya akan bantu. just leave your email, k..





Selasa, 4 Januari 2011

Open marriage

Definition: An open marriage is the term often used to describe a marriage relationship where the husband and wife have no reservations about one another being sexually involved with other people.

Opsss.. i am being so open this time..:P.. istilah open marriage ni memang biasa di Barat. Tapi di Malaysia masih sangat taboo. Betulkah begitu? Mari kawan2 kita bagi pendapat tentang isu ini. Kerana bagi saya, memang tak siapa yang nak membicarakan isu ni dengan terbuka. Tapi pengalaman saya bertemu dengan beberapa orang membuatkan saya terfikir adakah gejala ini dah menular di sini?

Antara situasi2nya: seorang makcik bercerita tentang suaminya yang ada affair dengan perempuan lain (janda). Tapi masih nak meneruskan perkahwinan nya dengan alasan demi kebaikan anak2. So korang rasa ni open marriage tak? means dia dah tau mr husband is having affair with other woman and still pretending nothing happen.....??

And of cos kes2 affair isteri org dengan husband orang. Contohnya di Putrajaya on last Ramadhan where a woman (someboddy's wife and a man ( laki orang) kena tangkap khalwat di kuaters kerajaan. Do you think their spouse tau tak tentang kecurangan pasangan masing2?

And actually banyak lagi kes2 macam ni. Bezanya di Barat they are so open to declare they have an open marriage, di sini people are so closed minded to admit it..

Ahad, 2 Januari 2011

2011...selamat datang



A message from boss :

2011 is at your doorstep....
 Remember, Life is short, break the rules, forgive and forget quickly, love truly, laugh freely & never regret anything that made u smile.
A happy and blessed New Year to u and family.
Cheers .

 Really touched and meaningful...tq friendsssss