Khamis, 30 Disember 2010

Cinta yang derita

Dipetik drp Utusan Malaysia
Utusan Malaysia Online - Keluarga

 Ingat tak kes seorang remaja yang ditikam 19 kali dan disimbah dengan asid? Kejam. Cinta yang berakhir dengan kekejaman dan derita.

Kadang-kadang cinta boleh menjadi derita.  So berhati-hati dalam memilih pasangan. Dalam artikel ni ada menyebut tentang bagaimana mengenali lelaki ganas. Ringkasnya:

~Mudah meluahkan cinta
~ Sentiasa nak tahu kemana anda pergi, dengan siapa, apa yang anda pakai dan segalanya
yang berkaitan anda.
~Kalau marah/cemburu dia mula melakukan perkara2 yang menjengkelkan spt memandu
dengan semberono dsb
~Terlalu kuat cemburu
~ Kalau dia mula berkata akan membunuh diri jika anda ingin tinggalkannya

Seseorag tidak bertukar ganas atau pendera secara tiba-tiba. Keganasan juga tidak bermakna hanya bermula dengan mata lebam. Ia boleh bermula dengan kejadian kecil dan menjadi besar dan besar hingga mangsa boleh berakhir di hospital!

Wallahualam

Rabu, 29 Disember 2010

Kereta oh kereta....


*Sila fokus kpd kereta ;)

Inilah kesayangan saya. Yang dah banyak sangat menabur jasa dan bakti. So bila dia sakit, saya sangatla susah hati.Apatah lagi apabila sakitnya tidak dapat di diagnose walaupun dah 5 'doktor' di sekitar bandar B saya dah hantar...

Kedai 1
En. B: Masalah elektronik ni. Sini x boleh buat, x de alat.

Kedai2
Tokey: Kene check komputer ni, sini kedai x boleh buat maaa

Kedai 3
Pakcik: Dah berapa lama x servis? Air filter kene tukar, spark plug dah hitam, vacum hose...bla..bla..
Tuan kereta: :P

Kedai 4
Tokey: Ni masalah wiring. U punye central lock sudah rosak maa.. U pegi kedai accesories dlu buat itu wiring..
Tuan kereta: |konfius|

Kedai 5
Tokey ensem: Ini timing problem. Tapi sudah x boleh buat itu timing sbb itu barang (saya tak tau nak eja tapi ~ karburator kalau kereta lama) sudah rosak. Mau tukar itu barang baru boleh set timing. Sekarang timing kereta u rendah , itu pasal enjin selalu mati.
Tuan kereta : |Finally, make sense... |

Walaupun saya bukan lah pakar enjin, dan sebenarnya tak pernah amik tau pun , tapi hati kecil ku berkata memang ni masalah timing rendah..huhu.. Tertanya gak, diorang ni memang tak tau ke saje wat2 tak tau.. Apa-apa pun, harap final dignose tu lah yang tepat. Sebab kalau tak terbang lah RM400 dengan sia-sia..

Oh kembara kesayangan hamba.. harus pulak nanti ku bling bling kan jadi Swift lak tahun depan. Haaaa...

Contest insan kesayanganku....


My fisrt contest.. My first try la. Tq Mija for inviting me..

Ok, insan kesayangan saya (opsss...insan-insan - boleh kan mija?) adalah mereka :

Yg baju oren, Razin, bj kuning Rafiq, & tersepit kat tengah tu Sofya.
 They are my LIFE, my STRENGHT, and my WOLRD.

Cukup dengan 3 perkataan tu untuk menggambarkan kenapa mereka sangat bermakna dalam hidup saya!




Selasa, 28 Disember 2010

More MILLIONAIRES in the world...

Sumber: Personal Money, Ogos 2010

Rupanya semakin ramai Millionaires dilahirkan di dunia ni. Sumber menyatakan populasi org kaya ni betambah sebanyak 17.1% pada 2009 iaitu seramai 1o juta org.(World Wealth Report 2010). Kekayaan mereka diukur berdasarkan nilai bersih individu (high net worth individuals). Ok, cukuplah tentang fakta.

Agak-agak, macam mane ye org kaya ni menghabiskan duit? Yelah, duit  berkepuk-kepuk, org kata.. Ok, berdasarkan survey, jutawan-jutawan memiliki keghairahan @ passion untuk melaburkan kekayaan mereka dengan memiliki/mengumpul barang-barang mewah, antik, dan ada juga yang melaburkan wang pada hobi mereka.

Begitulah, adenya..

Ahad, 26 Disember 2010

How NOT to be a millionaire...

Dipetik dari Personal Money... di translate oleh ku...:)

Cuba bayangkan situasi ini....

Anda baru dapat gaji pertama.. (yessss...sukanya)
Berita gembira. Mungkin anda nak berhenti membaca sekarang...saya tidak bertanggungjawab tentang petikan seterusnya... It could get quite depressing...

Ok...anda nak teruskan juga...so jgn salah kan saya k?

Dengan gaji pertama itu, anda mula terfikir untuk membeli kereta baru. First car..mmm exciting!
So...Welcome to the world of debt repayment, road tax, insurance, harga petrol yang asyik naik, parking ticket, tol, saman trafik, maintenace kete and..... those occasional, completely unavoidable little accident yang selalu terjadi sebab texting SMS masa drive and putting on lipstick...u know things like that..


Bercakap tentang make up, anda memang nak kelihatan sentiasa menawan.. (pompuan...) Lets get this straight; make up, designer's handbags, shoes, clothes, perfume and accescories cannot be classified as indulgences. Ni perkara hidup dan mati yang hanya wanita sejati je faham.. So untuk bende ni; money is not an issue..yelah, kan dah ada gaji. ;)


Oh, belum lagi termasuk  facials, body treatment, hair saloon sessions, manicure pedicure, waxing and all those thing lah.. Nothing is too insignificant when its comes to taking care of OURSELF kan?

Bargains are irresistible. Even normal priced items cannot be denied their place of consideration. Its only fair. Anda perlu membeli belah. Tak kisahlah untuk apa.. Its genetics!

Then u have epiphany. Anda rasa sudah sampai masanya untuk berdikari. So u move out, sewa rumah idaman anda dan mula menghias rumah dengan deco idaman anda.. Minimalist disigner furniture, air-conditioned and sweet litlle kitchen.. What a life can offer...

 Now u are officially BANKRUPT. U merely broke nine paragraph ago.

Now, if u really want to enjoy everything that life has to offer, please plan ur money. Its time to make ur money make more money.

Tak tau macam mane? Seek ur consultant. Owh... of course I am a consultant too. U can Emel me privately, and saya sangat berbesar hati untuk berkongsi idea tentang bagaimana untuk merancang kewangan anda. Supaya anda x over spending. Dont worry, consultation is FREE. And anda juga boleh try start baca Personal Money Magazine... full of useful info.

I would love to share about Exessive Spending Syndrome in the next enrty..

MAK aka SUPERWOMAN

Pernah tak terfikir betapa hebatnya seorang ibu?
Kepada yang belum jadi ibu, mungkin tak perasan. Tapi pada saya yang telah menjadi ibu kepada 2 orang hero dan seorang puteri, memang dah merasai betapa 'super'nya seorang saya.. :P .
See? If u dare, so be a mom..hehe..Jadi hargailah ibu anda.
Kerana bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu. Beliau bukan saja membawa title 'ibu', malah isteri, pekerja, cleaner, tukang masak, tukang cuci, tukang urut ..huhu..dan mungkin banyak lagi. Berat tu...tapi seorang wanita yang zahirnya lembut dan halus hakikatnya seorang yang sangat 'tough'.

Saya sayang mak saya, beliau sumber inspirasi saya, pengorbanan beliau terlalu besar, dan saya sangat menghargainya. Kini saya juga seorang ibu, dan cuba untuk menjadi ibu sebaik beliau...(cuma saya tidak selembut beliau..huhu)

Khamis, 23 Disember 2010

Siti Nurhaliza-Wanita

Wanita itu untuk disayangi...

Wanita itu sifatnya lembut,
dijadikan untuk disayang, dibuat teman,
bukan untuk didera, dilukakan perasaannya,
sedangkan telah banyak pengorbanan,
juga memori yang dikongsi bersama,
adalah ini satu luahan kasih sayang bagi seorang lelaki?
atau luahan EGO sang lelaki?


Keganasan dan Penderaan Terhadap Wanita
Susunan NURBALQIS HAYATI AHMAD NAJIH
Sumber: http://www.yadim.com.my/wanita/WanitaFull.asp?Id=124

Wanita sering ditindas serta selalu menjadi mangsa keganasan. Mungkin kerana sifat mereka yang lemah lembut maka golongan ini sering dijadikan alat untuk melepaskan geram atau hawa nafsu. Keadaan ini menyebabkan ramai wanita menderita. Disebabkan sikap segelintir daripada golongan yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita ini membantutkan usaha untuk mencapai tahap kesejahteraan dan pembangunan masyarakat yang lebih baik.

Berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Women´s Aid Organisation dan Survey Research Malaysia (WAO/SRM) pada tahun 1992, mendapati bahawa sebanyak 39 peratus daripada wanita di negara kita telah menjadi mangsa keganasan. Angka ini meningkat pada tahun 1995 kerana berdasarkan laporan polis sebanyak 1409 kes keganasan terhadap wanita telah dilaporkan. Angka ini terus meningkat kepada 5477 dengan kenaikkan sebanyak 388 peratus, pada tahun 1997 walaupun Akta Keganasan Rumahtangga telah dikuatkuasakan sepenuhnya.

Apakah keganasan terhadap wanita? Berdasarkan Deklarasi Mengenai Penghapusan Keganasan terhadap Wanita oleh PBB pada 1993, keganasan terhadap wanita ditakrifkan sebagai sebarang bentuk keganasan berasaskan gender yang mendatangkan kesan atau boleh memberi kesan kerosakan atau penderitaan secara fizikal, seksual atau mental.

Women´s Aid Organisation memberikan tafsiran keganasan terhadap wanita dapat didefinisikan sebagai perbuatan yang menganiayai wanita dan kanak-kanak dalam pelbagai cara, semata-mata kerana wanita tersebut dianggap sebagai tidak mempunyai taraf yang sama dengan lelaki. Keganasan terhadap wanita ini meliputi semua bangsa, agama, pendapatan, kelas dan budaya.

Ia termasuk ancaman seperti tindakan, paksaan atau perlucutan kebebasan dengan sewenang-wenangnya, sama ada berlaku dalam kalangan khalayak atau dalam kehidupan persendirian seseorang. Keganasan yang dimaksudkan itu juga merangkumi seksual dan psikologi, termasuk memukul atau melakukan kekerasan dan penderaan seks yang dilakukan terhadap kanak-kanak. Bukan setakat itu saja, ia juga membabitkan keganasan bukan dilakukan oleh pasangan suami isteri, eksploitasi, ancaman di tempat kerja dan di institusi pendidikan.

Kategori utama keganasan dan penderaan terhadap wanita meliputi:

Bentuk Penderaan Terhadap Wanita

1. Penderaan Psikologi dan Emosi - Ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah wanita yang meninggalkan kesan buruk sama seperti kecederaan fizikal kerana membahayakan nilai harga diri dan perasaan wanita dan keupayaan beliau untuk mengawal kehidupan sendiri.

2. Penderaan Fizikal - Memukul, menumbuk, menampar, menggigit, menendang, melukakan, mematahkan tulang, membaling barang dan menggunakan senjata adalah antara contoh jelas penderaan seumpama ini. Menghalang untuk mendapat keperluan asas seperti makan, minum, tidur dan juga tempat perlindungan adalah termasuk dalam bentuk penderaan fizikal.

3. Penderaan Seksual – Memaksa melakukan atau melihat sesuatu berbentuk seksual tanpa kemahuan wanita tersebut atau menyakiti wanita ketika melakukan hubungan juga dikategorikan sebagai penderaan seksual.

4. Penderaan Sosial – Penderaan bentuk ini sering berlaku di dalam rumah di mana wanita sering didorong untuk bergantung kepada pasangan masing-masing dan diasingkan daripada mendapat sokongan luar.

5. Penderaan Kewangan – Seseorang wanita yang dihalang daripada mencari pekerjaan dan tidak dibenarkan membuka akuan bank atau menyimpan wang pendapatannya sendiri. Malah tidak dibenarkan mengawal wang mereka dan wang yang diperolehi akan dikawal oleh orang lain serta terpaksa bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan keperluan asas.

Bentuk Keganasan Terhadap Wanita

1. Gangguan Seksual

Terbahagi kepada gangguan bentuk lisan – teguran, komen, berjenaka, mengusik, membuat bunyi, dan perkataan yang kurang menyenangkan; bentuk isyarat – menjelir lidah, menjilat bibir, memegang serta memakan makanan secara provokatif, isyarat tangan atau bahasa yang berbentuk lucah; bentuk visual – menunjukkan material pronografi, melukis lakaran atau tulisan berdasarkan seksual, mempamerkan sesuatu berbentuk seksual; betuk ganguan psikologikal – undangan sosial yang tidak disenangi, diingini, kekerapan mengajak untuk mengadakan temujanji dan intimasi fizikal dan bentuk fizikal – sentuhan, tepukan, cubitan, urutan, geselan tubuh badan yang tidak bersesuaian, pelukan, ciuman, meraba dan gangguan seksual.



2. Perkosaan dan Keganasan Seksual

Dari segi perundangan, definisi ´perkosaan´ atau ´rogol´ hanya terhad kepada perbuatan memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan wanita secara paksa, tanpa kemahuan wanita tersebut. Jika seseorang wanita itu berumur di bawah 16 tahun, aktiviti seksual dengan atau tanpa kebenaran wanita tersebut adalah diklasifikasikan sebagai perkosaan menurut undang-undang. Keganasan seksual ini juga termasuk pelakuan secara paksa, memasukkan objek ke dalam kemaluan, mulut atau dubur wanita.



3. Keganasan Rumah Tangga

Keganasan seperti ini pada asasnya merupakan suatu bentuk penyalahgunaan kuasa yang sering berlaku apabila seorang pasangan (lazimnya lelaki) cuba untuk mengawal atau mendominasi pasangannya. Antara contohnya ialah penderaan fizikal, memaksa wanita memutuskan hubungan dengan keluarga dan saudara mara serta kawan-kawan, memaksa wanita memberitahu setiap gerak gerinya dan sebagainya.



Kesimpulannya, pihak kerajaan memandang serius isu ini dengan mengambil pelbagai langkah sebagai usaha mencegah dan mengatasi masalah ini termasuklah penguatkuasaan undang-undang, pelaksanaan program-program kesedaran serta pengukuhan institusi kekeluargaan itu sendiri.



Ia bertujuan meningkatkan kesedaran kaum wanita terhadap hak dan kepentingan diri sendiri, seterusnya menguasai pengetahuan yang membolehkan wanita mengatasi rintangan, melindungi diri serta mengembangkan skop kehidupan mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat menggerakkan semua ahli masyarakat terutama wanita agar turut menyumbang tenaga serta idea kepada usaha untuk membanterasnya.



Bahagian Bimbingan dan Kaunseling diwujudkan bertujuan untuk membantu wanita yang menghadapi pelbagai masalah termasuk menentang sebarang bentuk keganasan.



Segala aduan mangsa keganasan akan disalurkan kepada jabatan yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Biro Bantuan Guaman dan Polis Diraja Malaysia untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.



Apakah yang boleh anda lakukan?



- Mempuyai ilmu dan pengetahuan yang luas mengenai keganasan terhadap wanita melalui bacaan atau menyertai kumpulan tertentu yang memperjuangkan nasib wanita.



- Menyokong kempen kerajaan untuk menggubal undang-undang yang efektif bagi mengatasi keganasan terhadap wanita.



- Memberi khidmat dan bantuan sebagai sukarelawan dengan menyumbang tenaga dan masa anda di pusat krisis.



- Lelaki perlu mengawasi tingkah laku serta memupuk rasa hormat terhadap wanita. Mulakan dengan wanita di sekeliling kamu - ibu anda, adik, kakak, kawan atau rakan sekerja. Jangan membuat jenaka yang menjatuhkan maruah wanita terutamanya terhadap mangsa rogol.



- Menanam nilai kemanusiaan tanpa keganasan dalam kehidupan seperti sikap pemurah, penyabar, toleransi dan prihatin dan ia tidak bergantung pada "gender".



- Lelaki dan wanita harus belajar menghormati antara satu sama lain dan tidak memainkan peranan dominan dan taat yang membuta tuli.

Selasa, 21 Disember 2010

Belajar daripada pengalaman orang lain...sebagai panduan

VIKTOR FRANKL (26 Mac 1905 – 2 Sept 1997)

Siapakah beliau? Seorang Neurologist dan Psychiatrist berbangsa Austria yang juga seorang Holocaust survivor. Apa yang menarik tentang beliau ni? Ya, beliau seorang Yahudi, kenapa kita nak ikut seorang Yahudi. Bukan tentang itu yang saya nak kongsikan. Tapi pengalamannya semasa menjadi tahanan Nazi semasa era Holocaust sekitar 1940 an. Beliau bersama isteri dan ibu bapanya ditahan di kem tahanan Theresienstadt pada September 1942 dan dipindahkan ke beberapa kem tahanan yang lain.

Mungkin telah terbayang di mata kita kekejaman Nazi menjalankan pembersihan etnik Yahudi pada era kegemilangannya. Dan Viktor Frankl Berjaya mengharunginya. Bapa beliau menemui ajal setelah menderita pneumonia dan pulmonary edema, ibunya dibunuh dan begitu juga isterinya. Beliau sendiri melalui pelbagai kesengsaraan diseksa, dimalukan dan didera dengan pelbagai cara. Persoalannya, bagaimana dia mengharunginya, tanpa kehilangan nyawa dan kewarasan? Beliau melihat segala kesengsaraan dan penderitaan yang ditanggung olehnya dan tahanan yang lain sebagai sesuatu yang member makna lain dalam kehidupan. Berikut adalah petikan ideanya:

... We stumbled on in the darkness, over big stones and through large puddles, along the one road leading from the camp. The accompanying guards kept shouting at us and driving us with the butts of their rifles. Anyone with very sore feet supported himself on his neighbor's arm. Hardly a word was spoken; the icy wind did not encourage talk. Hiding his mouth behind his upturned collar, the man marching next to me whispered suddenly: "If our wives could see us now! I do hope they are better off in their camps and don't know what is happening to us."
That brought thoughts of my own wife to mind. And as we stumbled on for miles, slipping on icy spots, supporting each other time and again, dragging one another up and onward, nothing was said, but we both knew: each of us was thinking of his wife. Occasionally I looked at the sky, where the stars were fading and the pink light of the morning was beginning to spread behind a dark bank of clouds. But my mind clung to my wife's image, imagining it with an uncanny acuteness. I heard her answering me, saw her smile, her frank and encouraging look. Real or not, her look was then more luminous than the sun which was beginning to rise.
A thought transfixed me: for the first time in my life I saw the truth as it is set into song by so many poets, proclaimed as the final wisdom by so many thinkers. The truth -- that love is the ultimate and the highest goal to which man can aspire. Then I grasped the meaning of the greatest secret that human poetry and human thought and belief have to impart: The salvation of man is through love and in love. I understood how a man who has nothing left in this world still may know bliss, be it only for a brief moment, in the contemplation of his beloved. In a position of utter desolation, when man cannot express himself in positive action, when his only achievement may consist in enduring his sufferings in the right way—an honorable way—in such a position man can, through loving contemplation of the image he carries of his beloved, achieve fulfillment. For the first time in my life I was able to understand the meaning of the words, "The angels are lost in perpetual contemplation of an infinite glory...."
(Man's Search for Meaning, Part One, "Experiences in a Concentration Camp", Viktor Frankl, pages 56-57 in the Pocket Books edition)
Jadi, sama-sama kita belajar melihat setiap yang kita lalui daripada perspektif dan paradigma yang lebih positif, kerana dalam Islam juga mengungkap; ada hikmah disebalik setiap sesuatu.

Wallahualam