Selasa, 17 Ogos 2010

Jangan jadi seperti KATAK, jangan mati KATAK...

Pernah dengar frasa BOILING FROG SYNDROME?

Jika kita campakkan katak ke dalam air mendidih, pasti katak tersebut akan melompat keluar. Tapi.. kalau kita letakkan ia dalam bekas yang mengandumgi air suam, ia takkan lari; malah berasa selesa pula. Jika kita naikkan suhu air tersebut secara perlahan-lahan, pun katak itu takkan lari...sehinggalah air mula mendidih dan akhirnya ia akan mati...mati katak la..

Sebenarnya, cerita ini adalah perumpamaan bagi inflasi. Cuba letakkan diri kita seperti katak tadi. sebenarnya kita seperti sudah terlalu imun dengan inflasi sehi ngga kita tidak pernah sedar tentang kesannya kepada kewangan kita. Namun kita harus ingat ini tidak bermakna inflasi tidak akan menjejaskan kita dari segi kewangan jika kita terus tidak mengendahkannya. Sedar atau tidak, inflasi akan menjejaskan simpanan masa depan, tabung pendidikan anak-anak dan persediaan persaraan kita. Jadi, adakah anda rela membiarkan nilai wang anda terus menyusut tanpa anda lakukan sesuatu...So...go contact your financial advisor now to optimized your financial value!!

Ahad, 1 Ogos 2010

Cinta Dalam Hati


Saat cinta itu hadir,

Kau tidak sedari,

Bila kau rasai,

Kau tak ingin ia pergi,

Bila ia mulai hilang seri,

Kau tak mengerti,

Bila ia mahu pergi,

Baru kau hargai...


Lumrah duniawi...


Letakkan nilai pada cintamu,

Cinta hadir tidak sendiri,

Mesti sulami dengan keihkhlasan hati,

Setia mengikat janji,

Kejujuran melingkari kasih yang terpatri,

Bukan mudah menjaga cinta,

Tidak semudah waktu ia hadir,

dan pergi...