Rabu, 14 Julai 2010

anak kita, harta kita

Have you ever heard bout this disease?

Anal Atresia
Infantile Hydrocephalus
Congenital Diaphragmatic Hernia
Atrial Septal Defect
Tetralogy of Fallot

Sekadar menyebut beberapa jenis penyakit.. Nama yang pelik-pelik. Namun hari ini, inilah yang seringkali terpampang di dada-dada akhbar. Derita anak, menanggung sakit; derita bapa, bergolok gadai mencari wang. Sebenarnya nama-nama di atas adalah penyakit konginetal yang seringkali terjadi kepada bayi yang baru lahir. Ketentuan Tuhan siapa yang tahu. Bila telah terjadi, sebagai bapa dan ibu, pasti sanggup buat apa saja untuk memastikan yang terbaik untuk anak.
Persoalannya, cukupkah?

Sekadar berkongsi; andai belum tahu; di pasaran sekarang telah ada satu pelan yang boleh meringankan beban sekiranya perkara ini berlaku. Benar, ia memerlukan sedikit wang dan usaha. Tapi andai di ukur dari sudut nilai, mungkin inilah yang terbaik. Sekurang-kurangnya, kita tidak perlu meminta-minta. Dan yang paling penting kita telah sediakan payung sebelum hujan! The beauty of this plan is, the coverage is begin when the baby is 18 weeks in your womb!
Bukan kita meminta perkara buruk berlaku, sekadar persediaan dan tanda kasih. Tanyalah mana-mana ibu (kecuali ibu yang sanggup membuang bayinya!), kasih ibu telah bermula seawal kejadiannya di dalam rahim lagi...kebenaran yang tidak boleh disangkal.

Tentang Pru My Child

Selanjutnya mengenai pelan ini, akan saya kupas dalam catatan saya akan datang. atau boleh emel saya!

Love ur Children..
zara

Selasa, 13 Julai 2010

Tergamaknya mereka...

Seringkali kita membaca di dada-dada akhbar berita mengenai pembuangan bayi. Saya selaku seorang wanita bergelar ibu, amat kesal, marah dan sedih dengan perbuatan wanita-wanita itu; yang juga bergelar ibu. Tiada langsungkah rasa sayang? Kalaupun tiada sayang, tidakkah mereka melihat bayi itu sebagai seorang manusia; yang

mempunyai nyawa. Bukan patung tanpa rasa yang boleh mereka campakkan ke mana saja yang sempat.

Seorang sahabat saya pernah menceritakan satu kes yang berlaku di daerah tempat tinggal saya. Sangat menyanyat hati. Seorang ibu muda tergamak mencampakkan hidup-hidup bayinya yang sudah berusia 7 BULAN (kalau tak silap) ke dalam gaung tepi lebuhraya..... MasyaAllah.. Saya yang mendengar terasa sebak di dada. Dalam minda terus terbayangkan wajah anak-anak yang comel dan innocent. Langsung tiada peri kemanusiaan. Namun Allah Maha Adil, si ibu tadi berjaya di tahan dan perbuatannya terbongkar.

Wahai wanita-wanita di luar sana. Kalau taknak, jangan buat. Kalau tak nak, jangan buang, kalau tak nak, jangan bunuh. Sedangkan haiwan pun sayangkan anak. Anak yang lahir, datang sebagai amanah, sebagai tanggungjawab. Bukan sebagai tanda kesilapan perbuatan maksiat anda! Gelaran IBU itu satu anugerah paling bermakna. Bukan satu beban yang tak terbawa!

Fikir-fikirkanlah..

Sabtu, 10 Julai 2010

love your child..

There's a quoate says;
Love your child as they are your past..
Love your elder as they are your future...

Menarik sangat. Bila aku terdengar kata-kata ini, memang ada kebenarannya. Bila melihat kenakalan anak-anakku, pasti terlintas kenakalan sendiri sewaktu kecilku. Bila naik darah dengan telatah diorang, baru terlintas macammana la mak aku sabar dengan karenah aku agaknye. Barula rasa begini la mak dulu membesarkan aku.Insaf...

Dan bila melihat orang tuaku... Mula terfikir, aku jua akan begini. Sekurang-kurangnya menyedarkan aku, betapa perlunya aku di sisi mereka. Walau bagaimana sibuknya aku, jangan sekali abaikan mereka..Alamak, ni yang rase nak balik kampung ni....uwaaaaa.. rindu mak, rindu abah. Kerana sebagai ibu, aku juga mengharapkan anak-anakku juga tak akan pernah lupakan aku walau setinggi mana mereka melangkah.

Jadi, setinggi mana pun pangkat, sejauh manapun melangkah, sentiasa melihat dari mana asal kita. sayangi anakmu, ingati orang tua mu....

Rabu, 7 Julai 2010

dunia hari ini..

aku suka observe orang...but bukan sebab nak jaga tepi kain org..tapi sekadar memenuhi masa lapang. when i did, aku selalu meletakkan diri aku in that person's shoes....dan dengan tulus hati aku jarang berprasangka.. (baik ni)

tapi kadang2 sikap tak berprasangka ni telah memakan diri aku..(banyak kali lak tu terkene..) suka sangat tolong orang dengan seikhlas dan semampunya. sebab aku percaya kalau kita mampu dan ada orang memerlukan, kita wajib tolong. tapi baru2 ni aku sangat2 sedih. sebab adalah seorang hamba allah ni yang aku dah tolong macam-macam (tak yah ceritala) telah menjadi gunting dalam lipatan. aku betul2 anggap kawan. bila anggap kawan aku letak la sedikit kepercayaan dan perhatian. tak sangka pulak dia boleh memfitnah dan memburukkan aku di belakang. pedihnya hati.

lepas tu dia boleh tuduh aku pengkhianat sebab menyebar fitnah tentang dia...helllo! sapa buat sapa? aku lah manusia yang paling tak ambik pot ngan masalah orang.uwaaaaa!!!! kenapa???
tapi bila fikir2 balik...biarkanla..serahkan kepada Yang Maha Tahu. cuma hati agak TERKILAN. i am a good listener but always ignore what my heart is saying...

Isnin, 5 Julai 2010

keliru?

i am a new blogger...yang baru nak belajar...dan rasanye sgt teruja nak mencuba...

keliru? huhu... aku memang sentiasa keliru...confuse all the time. tak tau nak buat keputusan dan pilihan. dan selalu jugak salah buat pilihan. bila dah salah baru tercangak-cangak ( kawan aku selalu sebut perkataan ni). . .

past few months...tahap kekeliruan aku bertambah teruk... kejap macam ni. kejap macam tu. sampai pada satu tahap aku sendiri tak tahu aku di mana... dan cagarannya adalah MY LIVE...

semoga aku lebih banyak belajar dan belajar dan belajar untuk buat keputusan...